mattzzx Publish time 28-1-2023 04:44 PM

Tujuh pelumba TSG buru kedudukan 15 terbaik di Jelajah Saudi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/harrif28_1674888977.jpg
HARRIF Saleh taruhan pasukan TSG dalam Jelajah Saudi. FOTO Ghazali Kori.

Kuala Terengganu: Pelumba import baharu Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jesse Ewart bakal membuat penampilan pertama bersama pasukan itu dalam Jelajah Saudi yang bakal membuka tirainya bermula 30 Januari hingga 3 Februari depan.

Selain pelumba kelahiran Australia itu, enam lagi pelumba menjadi taruhan pasukan yang berpangkalan di Terengganu itu termasuk pelumba sensasi negara, Mohd Harrif Saleh, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

Turut bakal berkayuh dalam perlumbaan bertaraf 2.1, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu pelumba import dari Belanda, Jeroen Meijers, Youcef Reguigui (Algeria) dan pakar pendakian dari Mongolia, Jambaljamts Sainbayar.

Terdahulu TSG mempertaruhkan enam pelumba dalam perlumbaan sulung Tour of Sharjah di Emiriah Arab Saudi (UAE) bermula 27 Januari yang diketuai Mohd Shahrul Mat Amin, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan, Aiman Cahyadi, Metkel Eyob dan Anatolii Budiak.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasaruddin Wan Idrus berkata, perlumbaan kedua musim ini itu menyasarkan kedudukan 15 terbaik keseluruhan individu kerana jelajah itu disertai ramai pelumba handalan dunia.

"Kita perlu menyasarkan kedudukan realistik berdasarkan pelumba yang kita ada, memandangkan perlumbaan kedua musim ini itu kebanyakannya disertai pasukan 'world tour team' dan 'pro tour team', kita meletakkan sasaran kedudukan 15 terbaik keseluruhan individu.

"Kita meletakkan impian itu kepada tujuh pelumba yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa dan kini mereka sudah berada di Arab Saudi sebagai persediaan sebelum menyertai perlumbaan selama lima hari itu," katanya ketika dihubungi.

Musim lalu, pasukan TSG yang turut disertai Mohd Shahrul Mat Amin dan Muhammad Afiq Huznie Othman gagal meraih sebarang podium dan kedudukan terbaik berikutan ribut pasir selain cabaran sengit daripada pelumba handalan dunia.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/01/930178/tujuh-pelumba-tsg-buru-kedudukan-15-terbaik-di-jelajah-saudi
Pages: [1]
View full version: Tujuh pelumba TSG buru kedudukan 15 terbaik di Jelajah Saudi


ADVERTISEMENT