sfhzuraz Publish time 27-1-2023 07:56 PM

Abdul Rahman dilantik Panglima Tentera Laut baharu

Abdul Rahman dilantik Panglima Tentera Laut baharu


Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0127rsrahman_1674813419.jpg
Tan Sri Affendi Buang (kanan) bersama Datuk Sri Muez Abd Aziz (dua,kiri) memakaikan pangkat kepada Panglima Tentera Laut yang baharu Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob (dua,kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Panglima Tentera Laut di Wisma Pertahanan. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN



Kuala Lumpur: Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-18 menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang akan bersara.
Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataan, memaklumkan perlantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut menjadikan beliau sebagai pegawai submariner pertama yang memegang tampuk pemerintahan TLDM.
Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Turut hadir barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menurutnya, Abdul Rahman dilahirkan di Johor Bahru pada 2 Disember 1964.
Beliau menyertai TLDM pada 2 Julai 1982 dan ditauliahkan pada 13 Jun 1984.
"Antara jawatan yang pernah dipegang sepanjang perkhidmatannya termasuk Komander Angkatan Kapal Selam, Timbalan Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2, dan Panglima Armada Timur dan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 2019.
"Kerjaya beliau sebagai seorang submariner bermula pada 1993 apabila memperolehi lencana kepakaran kapal selam selepas menamatkan latihan kapal selam di HMAS PLATYPUS, Australia.
"Abdul Rahman kemudian menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam Kelas AGOSTA pada 2006 di Perancis," katanya.
Katanya, dalam bidang sukan, Abdul Rahman aktif dalam sukan tens dan golf. Beliau mewakili TLDM dalam Sukan Antara Perkhidmatan pada 2022 dan pasukan tens TLDM muncul juara pada kejohanan itu.
"TLDM mengucapkan penghargaan kepada Mohd Reza sepanjang perkhidmatan beliau selama 42 tahun terutama ketika memegang jawatan Panglima Tentera Laut sejak 30 November 2018.
"Beliau meneruskan usaha memodenkan armada TLDM walaupun menempuh pelbagai cabaran lebih-lebih lagi apabila negara terkesan dengan pandemik Covid-19.
"Namun, beliau dan pihak pengurusan tertinggi TLDM dan ATM cekal mencari penyelesaian supaya tahap kesiapsiagaan TLDM terus berada di tahap optimum dan berupaya menggalas amanah mempertahankan kedaulatan maritim negara," katanya.



Disiarkan pada: Januari 27, 2023 @ 5:57pm










sumber




Pages: [1]
View full version: Abdul Rahman dilantik Panglima Tentera Laut baharu


ADVERTISEMENT