sfhzuraz Publish time 26-1-2023 05:09 PM

Terima kasih Panglima, Kita Wujud Kerana Armada

Terima kasih Panglima, Kita Wujud Kerana Armada



]Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-01-26_14-47-30_1674723769.jpg
Mohd Reza menerima tabik hormat daripada warga TLDM dalam Majlis Penghargaan Panglima Tentera Laut, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.



Lumut: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany diraikan oleh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut hari ini, sempena persaraan beliau.
Difahamkan, beliau dijangka akan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, esok.
Menurut jurucakap Markas Tentera Laut, majlis penghargaan yang dilaksanakan hari ini adalah aktiviti rasmi bagi meraikan Mohd Reza yang mula mengambil alih tampuk pemerintahan TLDM pada 30 November 2018.
"Inisiatif 'Obsolescence Programmme' (OP) dan Program Repowering adalah antara langkah menangani aset usang TLDM yang diberikan perhatian semasa pemerintahan beliau.
"OP bertujuan menggantikan struktur (badan kapal) serta keseluruhan sistemnya kecuali beberapa peralatan legasi seperti meriam.
"Kapal-kapal yang terbabit dalam program ini membabitkan Skuadron 'Fast Attack Craft' (FAC) M," katanya pada kenyataan.
Menurutnya, sehingga kini, sebuah kapal dalam proses akhir OP dan dua buah lagi akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Program Repowering pula bertujuan menggantikan sistem kuasa gerak seperti enjin, kotak gear dan propeller, serta sistem jana kuasa bagi kapal dari Skuadron FAC ((gun) senjata).
"Lapan kapal sudah selesai menjalani Program Repowering. Hasilnya, kedua-dua program ini bukan sahaja meningkatkan kesiagaan dan keupayaan operasi armada malah menyokong langkah penjimatan sumber kewangan negara," katanya.
Tambah kenyataan, Mohd Reza meneruskan lagi perjuangan kepimpinan sebelum ini bagi mengatasi isu keusangan aset TLDM.
"Perolehan kapal misi pesisir (LMS) diteruskan yang menyaksikan pentauliahan empat LMS iaitu Kapal Diraja (KD) Keris, KD Sundang, KD Badik dan KD Rencong.
"Kesiagaan TLDM ditambah lagi dengan perolehan kapal pemintas 'Fast Interceptor Craft' (FIC) bagi penugasan rondaan, serta penubuhan Skuadron 601 di perairan Malaysia Timur iaitu Skuadron Pesawat Tanpa Pemandu pertama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Majlis penghargaan yang berlangsung hari ini dimulakan dengan perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah KD Laksamana Muhammad Amin, Komander Mohd Lokman Bajuri.
Seterusnya, Mohd Reza beramah mesra bersama warga TLDM di Auditorium M Sidek Shabudin sebelum menerima penghormatan daripada 1,575 warga TLDM dan kakitangan awam dari auditorium berkenaan sehingga Jeti Air Dalam Markas Pemerintahan Armada Barat.
Kemuncak majlis adalah 'Fleet Review' di perairan Pulau Pangkor yang membabitkan 15 kapal, lima bot pemintas 'Fast Combat Boat', 15 bot tempur 'Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB)' dan lapan aset udara.
Mohd Reza menaiki KD Lekiu sebagai simbolik beliau pernah menjadi Pegawai Memerintah kapal berkenaan pada 23 Mei 2002 sehingga 31 Mei 2003.



Disiarkan pada: Januari 26, 2023 @ 5:03pm








sumber




Pages: [1]
View full version: Terima kasih Panglima, Kita Wujud Kerana Armada


ADVERTISEMENT