mattzzx Publish time 23-1-2023 01:08 PM

'Kerja kami belum selesai'

https://assets.bharian.com.my/images/articles/juhakakaka_1674398103.jpg
Pemain Malaysia meraikan jaringan ketika menentang Sepanyol pada penentuan ke suku akhir Piala Dunia di India. - EPA

BHUBANESWAR: Sekalipun kemaraan kempen Piala Dunia tersekat di peringkat penentuan ke suku akhir, pengendali skuad hoki negara, Arul Selvaraj menegaskan perjuangan anak buahnya di India belum lagi berakhir.

Ini kerana anak buahnya masih ada 'kerja' yang perlu dilunaskan apabila dijadual berdepan Afrika Selatan bagi penentuan kedudukan di Rourkela, Khamis ini.

"Fokus kami ketika ini adalah untuk memenangi aksi seterusnya dan cuba menamatkan kempen kali ini di tangga kesembilan," katanya.

Mengulas lanjut aksi anak buahnya ketika berdepan Sepanyol, Arul tetap berbangga dengan tentangan sengit yang diberikan anak buahnya dengan mengheret wakil Eropah itu sehingga penalti 'shootout'.


"Saya berbangga dengan pemain yang memberikan aksi terbaik menentang Sepanyol yang memiliki kelebihan apabila sering menentang pasukan terbaik di Eropah.

"Tewas di penalti 'shootout' tidak dapat dikawal tetapi penjaga gol, Hafizuddin (Othman) beraksi dengan sangat baik sepanjang tempoh 60 minit dan juga sehingga 'sudden death."

"Saya percaya pasukan ini ada masa depan yang cerah kerana mereka adalah pejuang. Apa yang kami perlukan untuk terus meningkat adalah sering beraksi menentang pasukan di ranking lebih baik," katanya.

Terdahulu, tuah tidak memihak kepada skuad hoki lelaki negara apabila tewas 3-4 di tangan Sepanyol menerusi penalti 'shootout' pada aksi penentuan ke suku akhir.

Aksi yang berlangsung di Stadium Kalinga di Bhubaneswar itu terpaksa ditentukan menerusi penalti 'shootout' selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebaik tamat masa sebenar perlawanan.

Ketika , 'shootout' terakhir yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3, Marc Miralles berjaya menyudahkannya buat Sepanyol namun Firhan Ashari gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mario Garin.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/01/1055074/kerja-kami-belum-selesai
Pages: [1]
View full version: 'Kerja kami belum selesai'


ADVERTISEMENT