mattzzx Publish time 23-1-2023 12:45 PM

Elena singkir pemain nombor satu dunia

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/elene_1674384886.jpg
ELENA (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Iga. FOTO AP

Melbourne: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek tersingkir daripada Terbuka Australia selepas juara Wimbledon, Elena Rybakina menumbangkan pilihan utama kejuaraan itu secara 'straight set', hari ini.

Rybakina menyingkirkan juara Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2022 itu menerusi keputusan 6-4, 6-4 dalam tempoh satu jam 29 minit di Rod Laver Arena.

Pemain Kazakhstan itu mengesahkan tiket ke suku akhir dan akan bertemu Jelena Ostapenko yang turut mencipta kejutan di Melbourne Park apabila menewaskan pilihan ketujuh, Coco Gauff 7-5, 6-3 di Margaret Court Arena.

Kejayaan Rybakina itu menyaksikan kedua-dua pilihan utama bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita tidak layak beraksi di suku akhir pada Grand Slam pertama tahun ini.

"Ia perlawanan yang sukar dan saya begitu menghormati Iga," kata pilihan ke-22 itu.

"Dia pemain yang muda dan saya rasa dia beraksi dengan sangat baik. Ini kemenangan yang sangat bermakna dan saya gembira layak ke pusingan seterusnya."

Sementara itu, Ostapenko memenangi pertarungan dalam tempoh satu jam 33 minit untuk mara ke suku akhir di Melbourne Park buat kali pertama.

"Saya tahu dia (Gauff) adalah pemain yang hebat, sangat muda dan beraksi dengan sangat baik tetapi saya tidak rugi apa-apa," katanya yang memenangi Roland Garros pada 2017 dan menjulang gelaran Jelajah WTA buat kai kelima di Dubai, tahun lalu.

"Saya hanya menunjukkan aksi yang terbaik dan berjuang untuk mendapatkan setiap mata untuk memberi saingan sengit kepadanya. Saya gembira dengan cara permainan saya.

"Saya memberikan tekanan kepadanya dan itu membantu kemenangan saya," kata Ostapenko.

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/01/928408/elena-singkir-pemain-nombor-satu-dunia

Supersirap Publish time 23-1-2023 06:47 PM

Tahniah diucapkan
Pages: [1]
View full version: Elena singkir pemain nombor satu dunia


ADVERTISEMENT