mattzzx Publish time 23-1-2023 12:43 PM

Arul tetap bangga pencapaian Malaysian Tigers

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/shello_1674400587.jpg
SKUAD Malaysian Tigers beraksi cemerlang. FOTO EPA

Bhubaneswar: Jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj tetap bangga dengan pencapaian anak buahnya walaupun terlepas peluang ke suku akhir selepas kalah menerusi shoot out sudden death kepada Sepanyol sebentar tadi.

"Pertama sekali saya sangat bangga dengan kesemua pemain selepas mereka memberikan aksi yang terbaik menentang Sepanyol yang memiliki tonggak beraksi di kelab terkemuka di Eropah.

"Kalah dalam shoot out memang sangat sukar, walaupun begitu, penjaga gol Hafizuddin (Othman) bermain dengan mantap sepanjang 60 minit dan kemudian cuba membantu dalam aksi shoot out dan mengheret sehingga aksi shoot out sudden death.

"Saya percaya terhadap masa depan pasukan ini kerana mereka adalah pejuang dan apa yang perlu kita lakukan ialah meningkatkan lagi permainan dengan beraksi secara kerap menentang pasukan yang lebih handalan dunia.

"Tumpuan kami sekarang ini adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya dan cuba menamatkan saingan di kedudukan kesembilan," katanya.

Malaysia akan bertandang ke Rourkela dan menentang Afrika Selatan pada 26 Januari untuk menentukan kedudukan mereka di Piala Dunia.

Skuad hoki negara mempunyai peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Bhubaneswar-Rourkela, tetapi gagal untuk mencapai misi itu apabila terkandas dalam penentuan shoot out ketika berdepan Sepanyol di Stadium Kalinga.

Keputusan masa sebenar berakhir dengan kedua-dua terikat 2-2 dan ketika aksi diheret sehingga shoot out ia juga berakhir 3-3 namun dalam aksi shoot out sudden death, Sepanyol berjaya menyempurnakan peluang berkenaan, manakala Firhan Ashari gagal menyudahkan pukulan penting itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/hoki/2023/01/928441/arul-tetap-bangga-pencapaian-malaysian-tigers
Pages: [1]
View full version: Arul tetap bangga pencapaian Malaysian Tigers


ADVERTISEMENT