mattzzx Publish time 22-1-2023 04:08 PM

Piala Dunia: Peluang Malaysia cipta sejarah baharu

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/01/malaysia-train-2.jpeg?v=1674297350
PARA pemain menjalani sesi latihan semalam sebagai persediaan menghadapi Sepanyol di Stadium Kalinga petang ini. - FARIZ RUSADIO



BHUBANESWAR – Pemain tengah skuad hoki negara, Meor Muhammad Azuan Hassan tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan untuk melayakkan diri ke suku akhir dalam kempen Piala Dunia Hoki 2023.

Malaysia kini selangkah sahaja lagi untuk mengesahkan tempat sebagai lapan pasukan terbaik dunia jika berjaya menumbangkan Sepanyol, No.8 dunia, pada aksi cross over di Stadium Kalinga pada pukul 7 petang ini.

Justeru, Meor, 28, berharap mereka mengambil kesempatan terbaik ketika ini tanpa perlu menunggu edisi Piala Dunia seterusnya yang akan berlangsung di Amstelveen, Belanda dan Wavre, Belgium pada 2026.

“Kami betul-betul bersedia untuk lawan Sepanyol sebab peluang ini cuma datang sekali. Piala Dunia empat tahun sekali, sayang kalau kami tak ambil peluang.

“Mustahil kalau nak tunggu empat tahun lagi. Perlawanan dengan Sepanyol ini ibarat hidup atau mati buat kami. Sekurang-kurangnya kami mahu cipta sejarah sendiri untuk rekod akan datang,” katanya.

Pemain berasal dari Perak itu percaya Malaysia, No.9 dunia, mempunyai peluang untuk menewaskan Sepanyol memandangkan kedua-dua pasukan cuma dipisahkan satu anak tangga dalam ranking dunia.

“Peluang 50-50 buat kami menentang Sepanyol tetapi kami boleh menang kalau ambil peluang. Jadi kami kena ambil kelebihan ini kerana peluang cuma datang sekali,” jelas Meor.

Jika berjaya menewaskan Sepanyol hari ini, Speedy Tigers akan menempah pertemuan dengan pasukan ranking pertama dunia, Australia di suku akhir pada Selasa ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01/22/piala-dunia-peluang-malaysia-cipta-sejarah-baharu/
Pages: [1]
View full version: Piala Dunia: Peluang Malaysia cipta sejarah baharu


ADVERTISEMENT