farhana008 Publish time 22-1-2023 12:03 PM

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43

Selamat Tahun Baru Cina kepada forumer yang menyambutnya. Sempena Tahun Baru Cina(Tahun Arnab) dan pembukaan thread baharu, saya menghidangkan yee sang dan spring roll sebagai hidangan pembuka thread. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.







seribulan Publish time 22-1-2023 12:09 PM

@ipes2 benang baharu...


seribulan Publish time 22-1-2023 12:11 PM

kalau duduk lama dan berdiri memang sakitMoga sembuh dah {:1_545:}

seribulan Publish time 22-1-2023 12:13 PM

opr bakalan naik lagi{:gif_bean:} apaaaa? Meme baharu {:gif_deepika:}

seribulan Publish time 22-1-2023 12:15 PM


seribulan Publish time 22-1-2023 07:08 PM


seribulan Publish time 23-1-2023 12:58 PM


seribulan Publish time 23-1-2023 01:41 PM



https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2014/08/logo_kkm_1-75mb_.png?w=360&h=360&crop=1From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH
SEARCH FOR...

COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 23 Januari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi (15-21 Januari 2023)BY DG OF HEALTH ON JANUARY 23, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIAMINGGU EPIDEMIOLOGI KE-3(15 JANUARI 2023 – 21 JANUARI 2023)STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATANKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatanbagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 8.6 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-3 tahun 2023 (ME 3/2023) berbanding ME 2/2023 (Rajah 1);Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagisetiap 100,000 populasi pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2);
[*]Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 28.6 peratus; manakala
[*]Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 28.6 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
[*]Katil bukan kritikal menurun sebanyak 2.0 peratus; dan
[*]Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 2.0 peratus.
Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus (Rajah 4) pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023.PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 3/2023 berbanding ME 2/2023 (Rajah 5):
[*]Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 3.3 peratus;
[*]Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 19.2 peratus; dan
[*]Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital juga menurun sebanyak 48.0 peratus jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya.
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
[*]Kumulatif kes baharu: 5,034,521;
[*]Kumulatif kes sembuh: 4,987,642 kes;
[*]Kumulatif kes kematian: 36,932 kes; dan
[*]Kumulatif kluster: 7,169 kluster (kluster aktif: 5 kluster).
Perbandingan antara ME 2/2023 dan ME 3/2023:
[*]Bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun sebanyak 27.6 peratus(3,288 kes kepada 2,379 kes) (Rajah 6);
[*]Bilangan kes baharu pada ME 3/2023 menurun sebanyak 17.3 peratus (2,525 kes kepada 2,088 kes) (Rajah 7);

[*]Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes); dan

[*]Bilangan kes import menurun sebanyak 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes).
[*]Bilangan kes kematian pada ME 3/2023 menurun sebanyak 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes); dan
[*]Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 menurun sebanyak 7.9 peratus(10,901 kes kepada 10,042 kes) (Rajah 8).
NILAI RTNilai RT pada ME 3/2023 adalah 0.84 (Rajah 9).SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 3/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
[*]Sebanyak 17 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.1 peratus pada ME 3/2023 (Rajah 10); dan
[*]Sebanyak 5.9 peratus SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 3/2023 (Rajah 11).
SARANAN KETIKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINAKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Walaupun keadaan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dengan pelaporan kes yang rendah (kurang 500 kes sehari), sempena sambutan ini, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar:
[*]Lakukan ujian pengesanan COVID-19 sekiranya bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak, dan selesema;
[*]Terus amalkan TRIIS dan menjalani isolasi sekiranya didapati positif COVID-19;
[*]Elakkan berkumpul jika bergejala untuk melindungi kumpulan berisiko seperti warga emas;
[*]Memakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai, sesak dan sempit apabila melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi;
[*]Individu yang berisiko tinggi seperti mempunyai penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, dan ibu mengandung amat digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa melakukan aktiviti dengan orang lain; dan
[*]Segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk melindungi diri dan orang tersayang.
KKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang menggunakan jalan raya untuk melancong atau pulang ke kampung halaman, sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya dengan mengikuti had kelajuan yang ditetapkan dan rancang perjalanan yang selamat. Semoga perayaan ini membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, serta perpaduan yang utuh kepada negara Malaysia yang berbilang kaum.KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dari semasa ke semasa serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekali lagi KKM ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina Tahun 2023, rayakan dengan selamat di sisi keluarga tersayang.NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
[*]Elakkan 3S;
[*]Amalkan 3W;
[*]Amalkan TRIIS;
[*]Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
[*]Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
[*]Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
[*]Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atasatau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
[*]Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.Sekian, terima kasih.TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAHKETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 23 Januari 2023 @ 11.30 pagi



seribulan Publish time 24-1-2023 07:16 PM


farhana008 Publish time 24-1-2023 09:37 PM

seribulan replied at 22-1-2023 12:11 PM
Moga sembuh dah

next week ada appointment dgn orthopedic. ameen di atas doanya.

farhana008 Publish time 24-1-2023 09:39 PM

seribulan replied at 22-1-2023 12:13 PM
apaaaa? Meme baharu

ajar sikit macam mana buat meme tu{:thiefo
kalau opr naik lagi, memang tumpo

seribulan Publish time 24-1-2023 10:05 PM

farhana008 replied at 24-1-2023 08:37 PM
next week ada appointment dgn orthopedic. ameen di atas doanya.

Take care...dok nonton Chinese movies @ cinema {:gif_deepika:}

seribulan Publish time 24-1-2023 10:08 PM

farhana008 replied at 24-1-2023 08:39 PM
ajar sikit macam mana buat meme tu
kalau opr naik lagi, memang tumpo

Hanco kome {:gif_cry:}

{:gif_smile:} mobile versiom ada bawah sekali ikon meme tuh semua...browser ada link meme kat ikon {:gif_laughing:}

seribulan Publish time 25-1-2023 01:46 PM


seribulan Publish time 26-1-2023 03:51 PM


seribulan Publish time 27-1-2023 05:55 PM


seribulan Publish time 28-1-2023 06:04 PM


seribulan Publish time 29-1-2023 05:09 PM


adila39 Publish time 29-1-2023 05:32 PM

Meriah menu!

adila39 Publish time 29-1-2023 05:34 PM

farhana008 replied at 24-1-2023 09:37 PM
next week ada appointment dgn orthopedic. ameen di atas doanya.

Eh kenapa? Hope xde yg serious ya
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43


ADVERTISEMENT