mattzzx Publish time 21-1-2023 05:29 PM

Hyundai Palisade facelift 2023 ‘terpaksa’ dilancarkan lebih awal di Malaysia kerana pengaruh YDP Agong

https://paultan.org/image/2023/01/2023_Hyundai_Palisade_LX2_PE_Preview_Malaysia_Ext-1_BM-630x420.jpg

Hyundai Palisade facelift baru sahaja diperkenalkan diperingkat global pada April tahun lalu. SUV flagship ini bukanlah model bread & butter untuk Hyundai di Malaysia, tetapi tak sampai setahun ia didedahkan buat pertama kali New York International Auto Show 2022, model berkenaan sudah pun dilancarkan di pasaran tempatan hari ini. Kenapa begitu cepat?

Menurut wakil Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) ketika sesi prebiu Palisade facelift 2023 untuk media awal minggu ini, terdapat banyak permintaan dari pelanggan untuk menempah Palisade selepas beberapa kali tular gambar Yang diPertuan Agong Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri Palisade milik baginda.

Ketika tular foto-foto berkenaan, HSDM tidak lagi boleh membuat pesanan Palisade pre-facelift yang telah dilancarkan di Malaysia pada Disember 2021 kerana kilang yang menghasilkan model berkenaan di Korea Selatan sudahpun beralih untuk menghasilkan Palisade facelift 2023.

    #PascaPRU15: YDP Agong Al-Sultan Abdullah berkenan melambai tangan ke arah pengamal media sewaktu berangkat keluar dari Istana Negara dengan menaiki kenderaan yang dipandu sendiri oleh baginda ketika tinjauan di Istana Negara hari ini. pic.twitter.com/EMYo2kNdQe

    — BERNAMA TV ???????? (@BernamaTV) November 22, 2022

Jadi untuk tidak menghampakan permintaan sejumlah pelanggan yang mahu menempah model tersebut, HSDM ‘terpaksa’ melancarkan Palisade facelift 2023 ini jauh lebih awal dari sepatutnya. Model tingkat taraf berkenaan masih ditawarkan dalam pilihan enjin petrol dan diesel, serta kedua-duanya boleh dipilih dalam versi tujuh- atau lapan tempat duduk.

Bagi model diesel 2.2 CRDi, ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM368,888 untuk varian Executive lapan tempat duduk, dan RM389,888 untuk varian Luxury tujuh-tempat duduk. Manakala model petrol 3.8L pula, varian Executive lapan-tempat duduk dijual pada harga RM378,888, diikuti varian Luxury tujuh-tempat duduk berharga RM399,888.

Model ini menerima penyegaran rupa pada sebelah luar dan dalaman serta pelbagai kemaskini dibuat pada kelengkapan yang ditawarkan – semuanya anda boleh baca dalam laporan pelancarannya pada PAUTAN INI.

https://paultan.org/image/2023/01/2023_Hyundai_Palisade_LX2_PE_Preview_Malaysia_Ext-3_BM-630x354.jpg

Tiada perubahan diberikan pada bahagian mekanikal. Bagi model diesel, ia dijana oleh enjin R2.2 liter CRDi empat silinder turbodiesel menghasilkan kuasa 200 PS tork maksima 440 Nm. Manakala versi petrol pula menerima enjin V6 3.8 liter Lambda II dengan suntikan bahan api terus (GDI) menghasilkan kuasa 295 PS dan tork maksima 355 Nm.

Kedua-dua pilihan enjin ini dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik, namun hanya model diesel diberikan sistem pacuan semua roda, sementara model petrol hanya menyalurkan kuasa ke roda hadapan.
https://paultan.org/topics/bm/
Pages: [1]
View full version: Hyundai Palisade facelift 2023 ‘terpaksa’ dilancarkan lebih awal di Malaysia kerana pengaruh YDP Agong


ADVERTISEMENT