Raline Publish time 18-1-2023 06:13 PM

Yakin dakwa rempah ada babi, netizen ‘sekolahkan’ wanita tak faham Inggeris

Yakin dakwa rempah ada babi, netizen ‘sekolahkan’ wanita tak faham Inggeris

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/01/rempah.png

Jika kita membuka WhatsApp group, pasti akan ada mereka yang suka berkongsi video-video mendakwa sesetengah makanan yang ada di pasaran mempunyai kandungan tidak halal.

Ada juga yang jenis suka menularkan sesuatu yang tidak tepat dan membuatkan mereka yang tidak berfikir panjang terus mengatakan hal tersebut benar.

Tuduh ada kandungan babi
Perkara itu samalah seperti perkongsian yang viral di Twitter apabila ada pihak memuat naik semula video seorang wanita mengatakan ada kandungan babi dalam rempah yang dijual di pasaran.

https://twitter.com/isusemasaviral/status/1615251921438380033?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1615251921438380033%7Ctwgr%5E31dc1b8094a586d50f8a24d3a1641534734032b6%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fyakin-dakwa-rempah-ada-babi-netizen-sekolahkan-wanita-tak-faham-inggeris


Baca betul2 boleh tak?
Sebenarnya, menerusi rujukan di botol rempah tersebut, ia menjelaskan kegunaannya yang boleh dipakai untuk memasak pelbagai jenis daging termasuklah daging babi dan bukanlah mempunyai kandungan haiwan tersebut.

Ia membuatkan netizen geli hati kerana wanita terbabit dengan yakin mengatakan rempah tersebut tidak halal hanya disebabkan salah menterjemah ayat yang digunakan di keterangan untuk rempah tersebut.


https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/01/Screenshot-2023-01-18-at-9.50.24-AM-857x1536.png

Pengang telefon tu tolongla jadi bijak

Rata-rata mengatakan yang tindakan tersebut seakan memakan diri apabila dikecam dan ditertawakan hanya kerana tahap ‘confident’ terlebih tinggi sehingga salah memberikan maklumat.

Mana tidaknya, menerusi kenyataan di botol rempah-rempah berkenaan, dengan jelas menunjukkan ia adalah ‘untuk kegunaan’ bukannya ‘isi kandungan’ yang ada di dalam rempah terbabit.

Sumber: Twitter @isusemasaviral


LadyCarefree Publish time 19-1-2023 04:12 AM

Takkanlah sebodoh bangang tahap sebegini?

afie_m Publish time 19-1-2023 03:42 PM

emmm, dia tak faham kot tu yg dia nampak ja perkataan tu trs tak halal..

swimswim Publish time 23-1-2023 09:58 AM

Nak kata x pandai english, yg pork tu boleh faham pulak.

Terbukti zaman la ni, yg smart hanyalah phone.

xtinkerbellx Publish time 23-1-2023 12:34 PM

Dia tak faham la tu

Supersirap Publish time 23-1-2023 02:38 PM

Macam-macam hal mereka ni

addamnor Publish time 2-2-2023 09:54 PM

BODOH NYA CIKKI INI:lol:

nurul_akmar Publish time 3-2-2023 05:00 AM

Jenis x baca habis ni. Laju je tangan nk viral

Burong_Hantuk Publish time 7-2-2023 11:02 AM

next time klu x faham..tanya Mr google
Pages: [1]
View full version: Yakin dakwa rempah ada babi, netizen ‘sekolahkan’ wanita tak faham Inggeris


ADVERTISEMENT