Raline Publish time 15-1-2023 06:51 PM

Tiga strok kerana pusing leher secara tiba-tiba

Tiga strok kerana pusing leher secara tiba-tiba

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM1501PB_1673770805.jpg

PERMAINAN pickleball. FOTO AFP



New York: Seorang lelaki di Missouri, Amerika Syarikat (AS) mendapat peluang kedua apabila masih hidup selepas arteri lehernya pecah dan diserang tiga kali strok kerana memusingkan kepalanya terlalu cepat semasa permainan pickleball.

Pickleball adalah sukan dalam dan luar bangunan dan dimainkan sama ada dua atau empat pemain. Ia seperti gabungan permainan tenis, pingpong dan badminton.

Joel Henrich, seorang lelaki cergas berusia 35 tahun dari Festus, Missouri mengalami kemalangan aneh itu pada November tahun lalu.

Kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakan sedang bermain permainan pickleball.

Dia dapat merasa dan mendengar bunyi yang di belakang kepalanya, dan serta-merta mula mengalami gejala yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Lelaki itu tidak tahu bahawa pusingan leher yang cepat itu mengakibatkan beberapa siri kecederaan.

"Saya mengalami loya yang melampau dan muntah-muntah.

"Terdapat rasa kebas di bahagian kiri muka, tangan dan bahagian kaki saya," kata lelaki itu kepada SWNS.

Lelaki berusia 35 tahun itu segera dibawa ke hospital dengan pada mulanya dimasukkan ke dalam bilik menunggu, bersama 50 hingga 60 individu lain.

Beberapa minit kemudian, dia dibawa untuk pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan kemudian pengimejan resonans magnetik (MRI).

Doktor memberitahu Joel bahawa dia sudah membedah arterinya yang menyebabkan tiga strok di bahagian bawah otak kecilnya, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk koordinasi dan pergerakan.

Berita yang mengejutkan itu jelas mengejutkan lelaki yang aktif dan sihat itu kerana dia tidak menyangka akan mendengar keputusan sedemikian.

"Sekiranya jururawat kedua itu tidak menganggap saya serius dan meninggalkan di luar sana untuk menunggu, saya mungkin akan mengalami kecacatan kekal, masalah keseimbangan dan koordinasi, "kata Joel.

Joel Henrich bernasib baik kerana pulih dan dibenarkan untuk discaj dari hospital dua hari kemudian.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2023/01/926075/tiga-strok-kerana-pusing-leher-secara-tiba-tiba

Pages: [1]
View full version: Tiga strok kerana pusing leher secara tiba-tiba


ADVERTISEMENT