Racurve Publish time 15-1-2023 11:47 AM

Masak Pakai Kawah Besar, Ustaz Bagi Makan Dekat Hanjeng-Hanjeng!

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew sememangnya tidak asing lagi dengan sifat pemurah dan sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Bukan hanya terbatas berbakti kepada manusia, nasib haiwan turut dibelanya.

Kisah tular mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang menempatkan ratusan anjing terbiar dan diarahkan berpindah oleh pihak majlis perbandaran, menarik perhatian beliau.

"Sedih ramai tag saya mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang dah 10 tahun kutip anjing jalanan tapi diarahkan tutup dan mungkin anjing akan dihapuskan.

"Mereka rawat, jaga dan beri makan anjing-anjing jalanan," kongsi Ebit dalam hantarannya di Instagram pada Sabtu.

Tanpa berlengah, Ebit tiba di pusat jagaan haiwan berkenaan dengan berkampit-kampit makanan berupa 'kibbles' dan daging ayam.

Ebit turut meluangkan masa memasak makanan untuk diberikan kepada haiwan terbiar di pusat jagaan itu.

"Masa sampai, wanita India ni menangis sebak terharu. Dia selalu mengikuti saya di media sosial. Dia minta kata semangat dan doa.

"Terharu dengar dia menguruskan semua ini. Hidupnya diabdikan untuk kerja ini. Kakak ini baik orangnya. Anjing ni dah macam anak-anak dijaganya. Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit," kongsi beliau dalam hantaran tersebut.

Tidak hanya memberikan bantuan makanan, kunjungan Ebit juga membawa khabar gembira di mana pendakwah itu memberi jaminan untuk membantu mencari tapak baharu bagi menempatkan kesemua haiwan berkenaan.

"Syukur pergi berbincang dengan majlis bandaran. Mereka gembira beri masa sedikit dan gembira kami cuba bantu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin jauh dari mana-mana penempatan.

"Kami sedang bantu mencari tanah yang sesuai untuk pusat jagaan ini dalam masa terdekat," kongsi Ebit lagi.

Terdahulu, kisah Pusat Jagaan Anjing Rainbow menjadi tular selepas dikongsikan di laman TikTok bagi merayu bantuan orang ramai untuk mencari penempatan baharu buat kesemua haiwan berkenaan.

Ini kerana pihak pusat jagaan itu diarahkan berpindah oleh Majlis Perbandaran Kajang susulan aduan orang ramai.

"Dah tiga hari saya merayu... tapi tak ada siapa bantu. Memang rasa takut bila tuan bandaraya kata nak tangkap semua anjing ni kalau tak pindah," tulis pemilik akaun pusat jagaan haiwan itu dalam satu perkongsian, beberapa hari lalu.

Dalam satu perkongsian terbaharu, pusat jagaan tersebut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ebit kerana sudi menyantuni dan mengambil berat nasib haiwan terbiar tersebut.

"Tak sama bangsa, tak sama agama. Panas terik Ustaz Ebit Lew masih masakkan makanan anjing-anjing kami. Terima kasih ustaz untuk berpuluh kilo ayam, biskut anjing, beras dan sumbangan RM1,000. Tak akan kami lupakan hari ini," tulisnya.

Racurve Publish time 15-1-2023 11:48 AM

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2023%2F01%2F14%2F1901568.jpg
Ebit menyantuni anjing jalanan di Pusat Jagaan Anjing Rainbow.

Racurve Publish time 15-1-2023 11:48 AM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2023/01/14/1901567.jpg
Ebit meluangkan masa memasak makanan anjing.

Racurve Publish time 15-1-2023 11:48 AM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2023/01/14/1901569.jpg
Ayam mentah, makanan anjing dan beras yang turut disumbangkan Ebit.

Racurve Publish time 15-1-2023 11:49 AM

https://www.instagram.com/reel/CnYVL1ToGE_/

Dolmat Publish time 15-1-2023 11:51 AM

Edited by Dolmat at 15-1-2023 12:54 PM

Dekni mestiiiiiiiii nak interframeeeee ehhhh :mad:

*enter frame*

mariamariani Publish time 15-1-2023 12:14 PM

apa jadi kes mahkamah dia

primarikey Publish time 15-1-2023 12:15 PM

Walau ape pn niat dia
Tapi kali ni aku happy la bila dia tolong pusat jagaan anjing ni...kesian anjing2 tu

slyfynx Publish time 15-1-2023 12:51 PM

Dolmat replied at 15-1-2023 11:51 AM
Dekni mestiiiiiiiii nak interframeeeee ehhhh

*enter-frame.
interframe ade maksud lain.

Dolmat Publish time 15-1-2023 12:53 PM

slyfynx replied at 15-1-2023 12:51 PM
*enter-frame.
interframe ade maksud lain.

A'aahhh typo daaaaaa.. terima kasih kerana membetulkan.

slyfynx Publish time 15-1-2023 01:36 PM

Dolmat replied at 15-1-2023 12:53 PM
A'aahhh typo daaaaaa.. terima kasih kerana membetulkan.

Okay.
Sorry tau.
No hard feelings.
Saje tegur sbb ramai eja mcm tu.
Aku dulu-dulu pun eja mcm tu

Burong_Hantuk Publish time 15-1-2023 02:32 PM

masak guna lesung batu kah????

telracs Publish time 15-1-2023 02:58 PM

Ok la.
Banyak kebaikan dia buat untuk manusia lain, dan untuk haiwan juga.
Benda yang kita pun tak mampu nak buat.
Apa niat dia,itu antara dia dengan Allah.

Samalah perbuatan yang tak elok dia buat tu antara dia dengan insan terbabit. Kalau insan tu tak maafkan dia, itu urusan merekalah.

Yang penting, dia teruskan berbuat baik.

Tak boleh ke orang yang berdosa berbuat baik?
Dia kena terus berhenti buat baik ke?
Dia kena terus-terusan buat dosa je ke?

:(

Racurve Publish time 15-1-2023 03:03 PM

Dia Tu

telracs replied at 15-1-2023 06:58 AM
Ok la.
Banyak kebaikan dia buat untuk manusia lain, dan untuk haiwan juga.
Benda yang kita pun tak m ...

penunggang agama

buat baik pon sebab nak menunggang agama

kesian kat acik2 yang mudah kena tipu


telracs Publish time 15-1-2023 05:34 PM

Racurve replied at 15-1-2023 07:03 AM
penunggang agama

buat baik pon sebab nak menunggang agama


Bukan masalah mudah kena tipu.

Dia bagi haiwan² tu makan, yang mana mampu ke kita buat?

Saya kesian kat haiwan² tu, tapi saya tak mampu nak beri mereka makan sebanyak tu.

Ya, sebagai insan yang ada rasa simpati pada haiwan, saya berterima kasih kepada yang memberi makan, tak kira siapa pun mereka.
Hanya sebab yang memberi tu adalah Ebit Lew, perlu ke kita menolak?

Awak mampu beri haiwan² tu makan? Atau awak lebih rela tengok anjing² tu mati kebuluran?

telracs Publish time 15-1-2023 05:37 PM

Kalau yang beri sedekah makan tu adalah ira kazar dan bapanya / tom & fuad / jering & kuda / jah & piyu.... yang mana mereka sedang teruk dikecam netizen sekarang...
pun saya tetap berterima kasih kepada mereka... sebab beri makan pada haiwan² yang kelaparan...

telracs Publish time 15-1-2023 05:38 PM

Masalah mereka adalah penunggang atau perampas atau penyondol atau apa sahaja, itu kisah lain...

Tapi, beri makan haiwan yang kebuluran tu satu kisah lain...

zehra2 Publish time 15-1-2023 05:42 PM

org yg pelihara byk stray je yg fhm.
aku yg ada 30++ meow.. buatkn rumah n pondok kucing ditepi rumah corner lot ni pun org dengki. nasib baik masa renovate rumah ni dulu dlm pelan mmg ada termasuk rumah kucing :)

Dolmat Publish time 15-1-2023 06:18 PM

slyfynx replied at 15-1-2023 01:36 PM
Okay.
Sorry tau.
No hard feelings.


No worries.. Kita tegur menegur untuk improvement kebaikan tak salah.. motivasi ke arah kebaikan! Aaaahhh gitchewww . Hahaha :lol::(

Lagubestbest Publish time 15-1-2023 09:10 PM

Sy tak suka animal shelter tak berduit gini. Apa tujuan ntah amek bela banyak2 sampai mintak derma bagai. Nak makan 30% gak ke?
Pages: [1] 2
View full version: Masak Pakai Kawah Besar, Ustaz Bagi Makan Dekat Hanjeng-Hanjeng!


ADVERTISEMENT