Markonah_7 Publish time 14-1-2023 09:23 AM

Sup Ayam



Bahan-bahan:

3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sb minyak masak
Sup bunjut
1/2 ekor ayam
1/2 sb serbuk lada sulah atau lada hitam
Air secukupnya
1/2-1 batang lobak merah
2 biji kentang
Daun sup
1/2 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara untuk sup ayam:

Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus

Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.

Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.

Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.

Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.

Masukkan air (agak-agak tenggelam ayam atau lebihkan kalau nak lebih kuah).

Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.

Masukkan kiub pati ayam dan garam.

Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.


Sumber : resepichenom

Thealisyayusuf Publish time 3-2-2023 11:44 PM

Sedaaaaappp fav
Pages: [1]
View full version: Sup Ayam


ADVERTISEMENT