Markonah_7 Publish time 13-1-2023 10:16 PM

KEK PISANG

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kek Pisang

1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kek Pisang

1- Pukul telur dengan gula sehingga menjadi kembang (untuk lebih pantas, anda boleh gunakan blender).

2- Kemudian, setelah itu masukkan minyak dan pisang.

3-Setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul hingga sebati hingga tiada ketulan tepung.

4-Masukkan adunan ke dalam bekas tin.
Kukus kek menggunakan pengukus selama 45minit.

Tips Berguna:

-Gunakan pisang yang telah masak ranum.

-Pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek.

-Boleh tambahkan sedikit coklat chip untuk rasa coklat.

-Oleskan permukaan bekas tin dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat.

-Cucuk lidi pada tengah kek untuk memastikan kek masak sepenuhnya. Pastikan adunan tepung tidak melekat pada lidi.

Selamat mencuba!

Sumber : theresepi.com

dilaOHdila Publish time 16-1-2023 09:28 AM

ai baru je buat semalam
terlebih pisang Maka jadilah BINGKA pisang:D

imanjannah Publish time 21-1-2023 10:39 AM

tertengok satu resepi dia letak jus limau dlm resepi kek pisang, may be boleh cuba, boleh thu rasa

dilaOHdila Publish time 22-1-2023 02:32 PM

imanjannah replied at 21-1-2023 10:39 AM
tertengok satu resepi dia letak jus limau dlm resepi kek pisang, may be boleh cuba, boleh thu rasa

Letak esen pisang pun boleh tapi jangan letak banyak
Esen oren belum pernah cuba, nanti leh try combination pisang & oren{:1_132:}
Pages: [1]
View full version: KEK PISANG


ADVERTISEMENT