Raline Publish time 13-1-2023 10:11 AM

Malaysian Tigers bersedia mulakan kempen Piala Dunia

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/01/hoki-1-1536x845.jpg
BARISAN pemain dan kejurulatihan skuad hoki negara menjalani latihan di Stadium Hoki Birsa Munda. - MHC


Malaysian Tigers bersedia mulakan kempen Piala Dunia

ROURKELA – Malaysia sudah bersiap sedia untuk menempa sejarah tersendiri pada saingan Piala Dunia Hoki 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India yang akan membuka tirainya secara rasmi esok.

Ia bakal menjadi penampilan ketiga berturut-turut buat skuad negara yang ketika ini menghuni ranking ke-11 dunia, beraksi di pentas berprestij dunia itu selepas edisi 2014 di The Hague, Belanda dan 2018 di Bhubaneswar, India.

Skuad yang diberi gelaran Malaysian Tigers itu dilihat berpotensi untuk mara ke pusingan kedua daripada peringkat Kumpulan C yang turut dihuni gergasi No.3 dunia, Belanda, New Zealand (No.11 dunia) dan Chile (No.22 dunia).

Malaysia dijadualkan menghadapi aksi pertama pada Jumaat ini menentang Belanda di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela yang merupakan antara stadium hoki terbesar di dunia dengan kapasiti 30,000 penonton.

Anak-anak buah A. Arul Selvaraj itu sekali lagi beraksi di Rourkela berdepan Chile pada Isnin sebelum terbang ke Bhubaneswar menghadapi aksi terakhir menentang New Zealand di Stadium Kalinga pada Khamis.

Wartawan dan jurugambar Kosmo! akan melaporkan secara langsung dan komprehensif dari India bagi memberi liputan serta informasi menyeluruh kepada para peminat sukan tanah air. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01/12/malaysian-tigers-bersedia-mulakan-kempen-piala-dunia/

Pages: [1]
View full version: Malaysian Tigers bersedia mulakan kempen Piala Dunia


ADVERTISEMENT