Raline Publish time 7-1-2023 08:48 PM

Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah

Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

https://media.xtra.com.my/2023/01/mona-2023-01-07T145347.800.jpg


Umum mengetahui, pendedahan Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar telah menerima pelbagai respons orang ramai.

Antaranya adalah usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh yang meluahkan rasa geram menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

Menurut Intan, dia tahu bagaimana rasanya berada dalam situasi terbabit dan dia memahami perasaan Sarah.

“Weh aku tahu macam mana perasaanya. Tak tahu nak nangis ke nak apa. Terdiam. Itu aku,” tulisnya.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada Sarah untuk terus kuat menghadapi segala dugaan memandangkan dia tahu wanita itu merupakan seorang yang kuat.

“Untuk Sarah terus kuat ye. Sarah dah terlebih kuat. Intan percaya Sarah dah buat yang terbaik. Tak apa. Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Rasa nak hug Sarah sekarang,” katanya.

Bukan itu sahaja, Intan turut meluahkan rasa geram di hantaran Instagram Story.

“Kejam tu je aku nak cakap. Sakitnya Ya Allah. Jangan nak cakap jodoh ke apalah. Eh aku tak bolehlah. Sorry korang I tengah menggigil ni geram. Emo betul.

“Selalu orang yang buat hal ni rasa dia sentiasa betul. Pastu puaslah cari salah kita. Eh emo lah sis.

“Hidup ini tak selalunya diatas. Sekarang kau fikir kau je yang betul. Allah tu kalau nak tarik apa yang kau ada sekejap je,” tulisnya.

Intan turut menitipkan pesanan kepada suaminya, Mohd Aizam Yahya untuk tidak berbuat demikian kepadanya dan jujur sahaja jikalau berjumpa dengan ‘orang baru’.

Pesan Intan lagi, dia berharap agar suaminya itu tidak bercerita buruk mengenainya jika berjumpa dengan ‘orang baru’ kerana ini yang akan membuatkan pihak tersebut merasakan dia mempunyai kuasa.

“Cinta, kalau you ada niat nak curang dengan I ataupun apa-apa lah. Bagitahu je I. Dan kalau dah ada perempuan lain jangan pula cerita buruk I.

“Perempuan ni akan suka dengar buruknya isteri pertama dan dia akan buatlah sehabis baik untuk you! Ingat Cinta, I banyak kali pesan kat you. Eh tibeh laki kita pula kena bebel hahahaha,” ujarnya.


https://media.xtra.com.my/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-07-at-2.47.28-PM-231x500.jpeg
https://media.xtra.com.my/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-07-at-2.47.30-PM-231x500.jpeg
https://media.xtra.com.my/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-07-at-2.47.31-PM-231x500.jpeg




Sumber:https://www.xtra.com.my/trending/kisah-viral/tampil-beri-respons-mengenai-isu-penyondol-intan-saleh-backup-puteri-sarah-sakitnya-ya-allah-i-tengah-menggigil-ni-geram/

winky1 Publish time 7-1-2023 09:18 PM

Hahaha si jering belum boleh aman ....padan muka.

kucing_gebu Publish time 7-1-2023 09:26 PM

Haaa ...sekali intan bunyik berdas2 ko...

edayildiz Publish time 7-1-2023 09:43 PM

apa cite ex bini laki hanez suraya..
kecoh jgk dlu tp rasanya kes ps paling sadis kot sbb laki tinggal bini 4 thn..dan block bini..kalau i xde 4 thn..4 bln pun xsampai dh angkt kaki

kodok_hitam Publish time 7-1-2023 10:07 PM

Dia mmg panggil laki dia "cinta" ke? :lol:

Atata Publish time 7-1-2023 11:34 PM

Dulu sarah tolong dia kan. Sian... skrg sarah duduk kat tempat dia. Tp rasanya time sarah tolong dia tu, mmg sarah dah tahu samsol dah start buat perangai. Tu kot sarah terpanggil nak tolong intan

telracs Publish time 7-1-2023 11:56 PM

Jelas!
Kalau jering & kuda tak faham jugak tak tahulah nak kata... so, j & k duk dendiam la sana... kalau tak, memang tak reti bahasa la namanya.
:lol:

telracs Publish time 7-1-2023 11:57 PM

Intan tembak 4 sekali dengan 1 peluru... ;P

chekacheku Publish time 8-1-2023 12:00 AM

Puas pulak ati aku bacanya..

Afifi82 Publish time 8-1-2023 12:06 AM

Jering n kuda mesti tersepak2,kannn. Sampai korang mampos pon org semua akan ingat kebabian korang mcm Solsial n Birah Belen. K?

kerani_je Publish time 8-1-2023 12:27 AM

edayildiz replied at 7-1-2023 09:43 PM
apa cite ex bini laki hanez suraya..
kecoh jgk dlu tp rasanya kes ps paling sadis kot sbb laki tingg ...

Dah kawin lain dah ex bini nye dulu. Happy je skrg..dah ada anak lain lagi dgn husband baru.

Hanez plak yg senyap je skrg..ig pun x update..ntah2 x bhagia n berentakam rumah tangga perampas tu..

asfaz Publish time 8-1-2023 12:40 AM

Atata replied at 7-1-2023 11:34 PM
Dulu sarah tolong dia kan. Sian... skrg sarah duduk kat tempat dia. Tp rasanya time sarah tolong dia ...

Intan ni sadis kot. Dengan takde kerja. Kesian betul .si jering pulak kemain lagi masa tu. Siap warning kan.Dah la rampas hal org pastu buat macam hak dia pulak dirampas

Momohizan Publish time 8-1-2023 01:02 AM

Betul cakap Intan. Memang jantan2 tahik yang dera mental bini takkan ngaku salah dia. Narc too much. Solsial obvious nau2 narc. It's proven kalau lama hidup dengan narc, boleh dapat brain damage sebab hari2 tadah abuse dari narc. Orang pandai boleh jadi bodoh lembam stay dengan pasangan narc. Either Solsial n Birahkazar ni sama level narc or Solsial jumpa yang lagi narc dari dia (my guess the latter based on what PS spilled lol). Apa pun, kawin dengan narc memang rumahtangga berantakan. Takziah la pengantin baru.

adelea Publish time 8-1-2023 01:15 AM

Diam laa kintan kintun … kes ko tak sama
Laki ko tak berduit sol sol sol berduit ….

Nizleen86 Publish time 8-1-2023 02:31 AM

adelea replied at 8-1-2023 01:15 AM
Diam laa kintan kintun … kes ko tak sama
Laki ko tak berduit sol sol sol berduit ….

Berduit kena sondol, tak berduit pun kena sondol. Dasar babi memang sondol je tak toleh kiri kanan janji laki org..kihkihkih

adelea Publish time 8-1-2023 10:39 AM

Edited by adelea at 8-1-2023 10:44 AM

Nizleen86 replied at 8-1-2023 02:31 AM
Berduit kena sondol, tak berduit pun kena sondol. Dasar babi memang sondol je tak toleh kiri kanan ...


Laki si kintan kintun x berduit
Tapi dia bukan kena sondol
Dia larikkk, sbb x mampu nak bagi kemewahan pada ex bini yg play victim tuhhh


Samsol tu la baru kena sondol
Ada beza kiintan kintun … ko play victim sbb laki ko larik p kat pompuan lain…


Piramida Publish time 8-1-2023 10:55 AM

Mcm dia ni..ok jugaklah nak back up.. Isu lebih kurang.
Kalau acik Rude tu.. Over naw naw.

innocentsangat Publish time 8-1-2023 11:39 AM

telracs replied at 7-1-2023 11:57 PM
Intan tembak 4 sekali dengan 1 peluru...

Hahahah. Berdas-das gitu. Tak lena tdo malam

Raline Publish time 8-1-2023 02:45 PM

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/photos/a.840208472659228/6613200088693342/

Raline Publish time 8-1-2023 02:55 PM

dia pun nak menyelit...Pernah lalui situasi Puteri Sarah, Intan Saleh beri semangat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/01/intan-saleh-puteri-sarah.png
INTAN Saleh menggigil dan beremosi mengikuti pengakuan Syamsul Yusof berkahwin lagi selain turut menyalahkan isterinya, Puteri Sarah.

Pernah lalui situasi Puteri Sarah, Intan Saleh beri semangat

PETALING JAYA – Situasi dilalui Puteri Sarah Liyana Kamaruddin turut meraih perhatian ramai rakan selebriti yang tidak putus-putus memberikan sokongan termasuk usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh.

Pernah berdepan keadaan sama, pemilik nama lengkap Intan Liana Saleh itu mengakui memahami perasaan seorang wanita yang dikhianati suami sendiri.

“Aku tahu macam mana perasaanya. Tak tahu nak nangis ke nak apa. Terdiam. Itu aku,” tulisnya dalam hantaran dalam Insta Story.

Intan juga tidak ketinggalan menitipkan pesan kepada Puteri Sarah supaya terus kuat menghadapi segala dugaan mendatang.

Katanya dalam hantaran lain, dia yakin ibu kepada dua cahaya mata itu mampu bertahan memandangkan pelakon tersebut merupakan seorang individu kuat semangat.

“Untuk Sarah terus kuat ya. Sarah dah terlebih kuat. Intan percaya Sarah dah buat yang terbaik. Tak apa, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Rasa nak peluk Sarah sekarang,” katanya.

Menerusi beberapa perkongsian berbeza, Intan dilihat seakan meluahkan perasaan geram terhadap perbuatan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof kepada sahabatnya itu.

“Kejam, itu saja aku nak cakap. Sakitnya, Ya Allah. Jangan nak cakap jodoh ke apalah. Eh, aku tak bolehlah. Maaf semua saya tengah menggigil ni geram. Emosi betul.

“Selalu orang yang buat hal ini akan rasa dia sentiasa betul. Lepas itu puaslah cari salah kita. Eh, emosilah saya.

“Hidup ini tak selalunya di atas. Sekarang kau fikir kau saja yang betul. Allah kalau nak tarik apa yang kau ada sekejap saja,” tulisnya lagi meluahkan rasa geram.

Pada masa sama, Intan turut mengingatkan suaminya, Mohd. Aizam Yahya supaya tidak melakukan perbuatan serupa, selain bersikap jujur andai mempunyai ‘orang baharu’.

Malah secara bergurau, dia berharap lelaki yang menjadi teman hidupnya sejak dua tahun lalu itu tidak menjaja cerita buruk mengenainya kepada wanita lain.

“Cinta (suami), kalau awak ada niat nak curang dengan saya atau pun apa-apa lah, bagi tahu saya saja. Kalau sudah ada perempuan lain jangan pula cerita buruk tentang saya.

“Perempuan akan suka dengar buruknya isteri pertama dan dia akan buatlah sehabis baik untuk awak!

“Ingat cinta, saya sudah banyak kali pesan kat awak. Eh tiba-tiba laki (suami) kita pula kena bebel,” kongsinya lagi.

Terdahulu, selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Mohd. Aizam Yahya pada 21 Disember 2021.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, manakala menerusi perkahwinan terdahulu dengan pemuzik, Ude Wahid pula diserikan dua putera.

Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.

Ketika Intan sedang berdepan kemelut dalam rumah tangganya, Puteri Sarah antara rakan artis yang turut memberikan sokongan moral untuk berdepan dugaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01/08/pernah-lalui-situasi-puteri-sarah-intan-saleh-beri-semangat/

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah


ADVERTISEMENT