seribulan Publish time 31-12-2022 10:31 PM

BANJIR: Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 untuk satu (1) Ketua Isi Rumah (KIR)

Edited by seribulan at 31-12-2022 09:33 PM

ANDA TERKESAN BANJIR?

*Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 untuk satu(1) Ketua Isi Rumah (KIR)

1. Bagi KIR yang telah membawa keluarga berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pendaftaran BWI TIDAK PERLU DIBUAT kerana senarai nama pendaftaran di PPS akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah.

2. Bagi KIR yang rumah terkesan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat menerusi ketua-ketua masyarakat atau di Pejabat Daerah berhampiran lokasi anda.

*Nota Makluman*

* Semua proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan & agihan BWI adalah di bawah tanggungjawap Pejabat Daerah/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)/ Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBD).

* Peruntukan BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

* NADMA tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan atau agihan BWI kepada KIR.

Agensi Pengurusan Bencana Negara
t.me/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
31 Disember 2022


David53285 Publish time 16-2-2023 01:29 PM

Edited by seribulan at 18-2-2023 05:25 PM

I am very impressed with your post. I hope to receive more great posts.
Pages: [1]
View full version: BANJIR: Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 untuk satu (1) Ketua Isi Rumah (KIR)


ADVERTISEMENT