Zep Publish time 16-11-2010 09:10 PM

Mintak Pendapat Untuk FYP - PHP, MySQL

Salam, aku buat topik ni untuk dapatkan pendapat tentang FYP aku. Tajuk sistem aku akan aku buat - sistem penilaian berterusan/continuous assessment/carrymark system untuk department kami. personally masa mula2 dulu, aku sendiri nampak sistem ni tipikal sangat, tapi sebab lecturer sendiri pun dah put high on expectation, target aku sekarang ni jadikan sistem ni usable, dan boleh bagi high impact pada mereka. dan kalo department sendiri nak beli, alhamdulillah.

Mungkin target aku besar sangat, sedangkan ilmu programming language pun satu apa pun tak mahir. seriously. that's why dalam durasi 5 bulan sblm present benda ni, aku mulakan langkah awal untuk study ilmu2 yang berkaitan untuk develop sistem ni. basically sistem ni adalah web based, aku nak guna PHP + MySQL. PHP insyaAllah aku boleh faham sikit2 sbb dah biasa dgn HTML sblm ni. cuma MySQL tu problem skit. cuma masalahnya sekarang ni, macam mana aku nak mulakan buat sistem ni pun aku taktau. video tutorial dah menimbun2 aku download.

Lg satu aku target nak implement Ajax dengan Zend skali. ada sape2 yang mahir tentang dua benda ni?

Kalo korang ada cadangan/pendapat yang aku boleh buat rujukan untuk jadikan sistem ni terbaik, boleh share bersama kat sini dan aku sangat2 perlukan bantuan korang semua untuk tolong aku buat sistem ni.

Apa2 problem nanti aku post kat sini. Chow`.

kmkd Publish time 18-11-2010 11:37 PM

so kalau aku back to the basic. mula dengan feasibility study. lepas tu requirement gathering, execution then close down.

aku anggap ko dah buat feasibility study. so dari situ ko dah boleh tahu apa masalah dengan sistem lama, sistem sedia ada atau sistem manual yang digunakan. dan seharusnya ko dah tahu apa jalan yang ko nak pilih untuk overcome problem yang ada tu

disebabkan ko ada client, aku rasa ko harus dah jumpa klien (maybe orang jabatan/akedemik?) untuk tahu lebih lanjut apa yang patut ada dalam sistem tu. kalau aku lebih suka kepada kaedah uml diagram. usecase, acitivity diagram dll.

dan aku cadangkan ko tumpukan pada flow sistem. dan jangan lupa rujuk polisi department dalam pemberian carrymark tu. sebab kalau kat UMT ni memang tekan habis pasal polisi kalau berkaitan dengan sesebuah organisasi. tu patutnya dan clear masa feasibility study :D

kalau rasa skop terlalu besar kecilkan. jaga2 dengan scope/function creep. design kalau boleh ada validation daripada user/client so akan datang mudah nak rujuk semula :D

selamat berjaya!

winamp05 Publish time 13-12-2010 03:49 PM

kalau 10, 4 je aku paham pasal topik ni. dah solve ke blom ni ? :laugh3:

BorderManager Publish time 13-12-2010 10:59 PM

bila student FYP nak buat projek mesti cerita pasang term2 yg dlm subject tu.....tapi bila suruh terang dlm bahasa yg mudah difahami..rupanya projek tu simple je....

so pada aku senang je.....projek yg bagus adalah system yg boleh selesaikan masalah.sistem canggih pun org takmo pakai/berguna.. tak nampak impaknya....

so try list problem dan cadangan ko nak buat mcm mana...
kot2 ada idea leh la tokok tambah
Pages: [1]
View full version: Mintak Pendapat Untuk FYP - PHP, MySQL


ADVERTISEMENT