mattzzx Publish time 28-12-2022 04:06 PM

Dua atlet angkat berat positif doping dari Terengganu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/damuss_1672213117.jpg
Azura sahkan dua atlet angkat berat yang positif doping dari Terengganu.

KUALA LUMPUR: Dua pemenang pingat dalam acara angkat berat pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang didapati positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' disahkan dari Terengganu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Azura Bidin yang turut memberitahu pihaknya sudah menghantar surat kepada kedua-dua atlet terbabit selain Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) dan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua atlet terbabit mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan pada 23 Disember untuk memberikan maklum balas sama ada mahu membuka sampel B atau sebaliknya.

"Jika tiada sebarang respon atau mereka tidak mahu buka sampel B, kami akan menetapkan tarikh bagi sesi pendengaran," katanya.


Semalam, Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat mengesahkan dua atlet yang memenangi pingat pada SUKMA 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid oleh ADAMAS.

Tanpa menyatakan warna pingat yang dimenangi, Ayub, berkata kedua-dua atlet lelaki itu adalah atlet salah satu daripada dua negeri yang dicadangkan untuk digantung persekutuan daripada menyertai temasya sukan dwitahunan itu.

Pada SUKMA 2022, Terengganu muncul juara keseluruhan angkat berat selepas berjaya membawa pulang empat emas, satu perak dan empat gangsa.

Dua emas, satu perak dan satu gangsa dalam kategori lelaki manakala wanita meraih dua emas dan tiga gangsa.

Sebelum ini, tiga atlet angkat berat -- dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.

Susulan insiden itu, PABM menarik diri daripada SUKMA berkenaan, selepas penganjur membenarkan dua negeri terbabit menyertai temasya itu.

Dalam pada itu, Azura sekali lagi mengingatkan atlet untuk merujuk kepada pakar atau pegawai perubatan sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen bagi mengelakkan mereka terdedah dengan risiko gagal ujian doping.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/12/1045122/dua-atlet-angkat-berat-positif-doping-dari-terengganu
Pages: [1]
View full version: Dua atlet angkat berat positif doping dari Terengganu


ADVERTISEMENT