cmf_Arwen Publish time 15-11-2010 02:00 AM

macam mana nak beli kereta kalau xde slip gaji?

macam mana nak beli kereta kalau xde slip gaji?

salam...

arwen bekerja sendiri dan x mempunyai slip gaji..bolehker arwen buat loan kereta kalau xde slip gaji?nak minta pendapat forumer kat sini yg mungkin ada pengalaman dgn hal2 begini...:loveliness:

thanx..

jualtshirt.com Publish time 15-11-2010 10:32 PM

kena bagi slip bank or penyata bank 6 BULAN!
klu ade company lagikuat.

NEM0 Publish time 15-11-2010 10:39 PM

boleh je...aku beli kete tanpa slip gaji..keje sendiri...
cara mudah je... simple mcm ABC...
nak tau..kena pm aku..

cmf_Arwen Publish time 16-11-2010 01:08 AM

Post Last Edit by cmf_Arwen at 16-11-2010 01:10

kena bagi slip bank or penyata bank 6 BULAN!
klu ade company lagikuat.
jualtshirt.com Post at 15-11-2010 22:32 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

errr...6 bulan?mcm tu kena ada current account la yer...
mesti 6 bulan ke?kalau 3 bulan x boleh ke?..:)
perlu guarantor x?

takbir Publish time 16-11-2010 08:00 AM

kena ada bank statementlah kalau camtu,nak beli kereta apa tu?mana tau boleh tolong:D

medangmru Publish time 16-11-2010 09:05 AM

boleh je...aku beli kete tanpa slip gaji..keje sendiri...
cara mudah je... simple mcm ABC...
nak t ...
NEM0 Post at 15-11-2010 10:39 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    bg tahu je kat sini nemo....

Cruz_Hateluv Publish time 16-11-2010 11:16 AM

Post Last Edit by Cruz_Hateluv at 16-11-2010 11:17

kje sndri tu meniaga ke?kalo meniaga tunjuk la lesen meniaga pastu pndaftaran SSM
pastu print lak bank statement yg aktif(income msuk tiap2 bln)atlest 3 bln la...
kalo nk loan kete lg snang lulus byr le dwpayment kete tinggi sket utk yakinkn bank

lipsofanangel Publish time 16-11-2010 11:19 AM

beberapa bulan lepas, lips ikut kawan lips ngan papa dia, nak tukar kreta. pakcik ni dah pencen so xde slip gaji... mamat yg jual kreta ni kata, xde masalah pakcik... xde slip gaji sendiri, boleh guna slip gaji anak... lips mcm pelik gak, tanya byk kali ngan mamat ni, dia kata mmg boleh. guna slip gaji adik beradik/anak yg masih bekerja tapi loan atas nama sendiri.. dia kata just nak approved kat loan tu je... :o

betul ke boleh wat mcm ni?? kebetulan papa kawan lips tu x jadik tukar kreta sbb mamat ni mcm haprak je, kejap kata kreta ada stock, kejap xder.. tunggu berminggu2 then terus cancell jer...

so TT try la tanya... betul ke bleh beli kreta guna slip gaji adik bradik...

bro_kr Publish time 16-11-2010 02:43 PM

macam mana nak beli kereta kalau xde slip gaji?

arwen bekerja sendiri dan x mempunyai slip gaji..bolehker arwen buat loan kereta kalau xde slip gaji?

cmf_Arwen Post at 15-11-2010 02:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Loan kereta untuk yang bekerja sendiri:

Yang pasti: IC dan Lesen dan statement bank akaun, at least the last 3 months.

Sekiranya ada syarikat sendiri
Sdn Bhd - All the required docs must be certified by Co's Secretary
1. Form 9, 24, 44 & M & A
2. Directors' Resolution on the purchasing of the said car
3. Bank statement - Latest pun dah ok.


Sekiranya syarikat Enterprise
1. Borang Pendaftaran Syarikat - SSM
2. Bank statement. Sebaiknya last 3 months.


Kerja sendiri. Freelance.
1. Bank statement - last 3 months
2. Down-payment tinggi i.e. at least 20% dari harga kereta.


Freelance, kalau bank tak yakin dengan kekuatan akaun, akan minta penjamin. Mak ayah suami isteri = gabung. Adik beradik = sebagai penguat sahaja.

Selalunya apa yang kita minta potential buyers buat dalam masa 3 bulan sebelum beli kereta, kumpulkan duit banyak-banyak dalam akaun tu. Banyakkan tranksaksi.

Harap menjawab soalan. Tak jelas boleh tanya lagi.

bro_kr Publish time 16-11-2010 02:57 PM

beberapa bulan lepas, lips ikut kawan lips ngan papa dia, nak tukar kreta. pakcik ni dah pencen so xde slip gaji... mamat yg jual kreta ni kata, xde masalah pakcik... xde slip gaji sendiri, boleh guna slip gaji anak... lips mcm pelik gak, tanya byk kali ngan mamat ni, dia kata mmg boleh. guna slip gaji adik beradik/anak yg masih bekerja tapi loan atas nama sendiri.. dia kata just nak approved kat loan tu je... :o

betul ke boleh wat mcm ni?? kebetulan papa kawan lips tu x jadik tukar kreta sbb mamat ni mcm haprak je, kejap kata kreta ada stock, kejap xder.. tunggu berminggu2 then terus cancell jer...
lipsofanangel Post at 16-11-2010 11:19 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Dokumen yang diperlukan dari Pakcik:
IC
Lesen
Penyata Pencen
Latest Bank Statement

Dalam kes Pakcik ni, dia perlukan penjamin. Sebab, umur dah pencen.

Dokumen anak:
IC
Payslip 3 bulan
Latest Bank Statement


Let say dokumen ayah dengan anak ni kira melepasi syarat kelayakan gaji, Insyaallah boleh lulus. Tetapi, adalah lebih mudah lulus jika anak adalah penama, ayah jadi penjamin.

Berkenaan stok, sekiranya Proton dan Perodua, Insyaallah saya boleh membantu, antara yang terpantas. Hari ni nak, Insyaallah hari ni atau esok dapat.

Setakat ni, kereta Unreg saya blom dapat jalan yang terbaik lagi. Sedang mencuba cari dealer yang betul-betul jujur nak meniaga.

ejans Publish time 16-11-2010 04:39 PM

bg statement bank je..
aku ngan akak aku bisnes online,
so, duit masok dlm bank..

akk aku beli alza, guna statement bank...

lipsofanangel Publish time 16-11-2010 08:27 PM

Reply 10# bro_kr


oh, mamat tu x suggest lak suruh guna nama anak, bapak jadik penjamin. tapi dia kata, slip gaji anak tu xde effect apa2 kalau anak dia nak beli kreta/rumah nanti. pakcik ni nak tukar ALZA, mula2 kata ada stock, lepas seminggu kata xde stock plak. dah tu, bila call asyik2 kata xder no hp pakcik la nak call.... :@tu yg terus cancell jer....

cmf_Arwen Publish time 17-11-2010 01:25 AM

arwen bisnes kecik2 jer..xdelah sampai ada company sendiri...income pun so-so jer tp kalau setakat nak bayar kete bulan2 tu boleh la lepas...
rasanya statement pun xdelah cantik sgt sbb amount in dgn out lebih kurang jer...hehehe

bro kr,
- penjamin tu mesti gabung ke?kalau sorang x boleh ke?
- mana lebih mudah nak dpt approval...beli kete 2nd hand ke atau kete baru?

cmf_Arwen Publish time 17-11-2010 01:26 AM

bg statement bank je..
aku ngan akak aku bisnes online,
so, duit masok dlm bank..

akk aku beli...
ejans Post at 16-11-2010 16:39 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

ejan...bank ada minta guarantor x?

bzzts Publish time 17-11-2010 04:00 AM

bayar cash je senang. ;P

medangmru Publish time 17-11-2010 07:08 AM

bayar cash je senang.
bzzts Post at 17-11-2010 04:00 AM http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    Errrrrrrrrrrrrr....kalau beli laptop takperlah bzzzts bayo cash.....;P

tp kan...kalau kete 2nd hand rsnya takder masalah nak bayo cash....tp kalau ratus2 ribu bayo cash....mau ada pihak2 yg dtg merisik nanti..:lol:

bzzts Publish time 17-11-2010 09:15 AM

Errrrrrrrrrrrrr....kalau beli laptop takperlah bzzzts bayo cash.....

tp kan...kalau k ...
medangmru Post at 17-11-2010 07:08 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    mana le tawu... tt kata dia bisnes sndiri... kan... kan.. kannn...? :P

bro_kr Publish time 18-11-2010 12:24 AM

arwen bisnes kecik2 jer..xdelah sampai ada company sendiri...income pun so-so jer tp kalau setakat nak bayar kete bulan2 tu boleh la lepas... rasanya statement pun xdelah cantik sgt sbb amount in dgn out lebih kurang jer...hehehe

bro kr,
- penjamin tu mesti gabung ke?kalau sorang x boleh ke?
- mana lebih mudah nak dpt approval...beli kete 2nd hand ke atau kete baru?

cmf_Arwen Post at 17-11-2010 01:25 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

1. Berdasarkan keterangan umum Bank Statement arwen, Bank akan minta penjamin*.

2. Penjamin yang dibenarkan:
i. Paling kuat: suami / isteri / ayah / emak - income diaorang akan dicampurkan dengan income kita
ii. Sedang-sedang kuat: adik beradik - diaorang sekadar sandaran sahaja

3. Assuming jumlah pinjaman adalah sama, dua-dua pun sama mudah / sama susah.

*Ada kemungkinan Bank tak minta penjamin jika duit muka amat tinggi. Contoh: Harga kereta rm46,900- Muka rm26,900, pinjaman rm20,000 (pinjaman minimum kereta baru)

bro_kr Publish time 18-11-2010 12:27 AM

bayar cash je senang.
bzzts Post at 17-11-2010 04:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Setuju.


Sekiranya kereta hanya sebagai keperluan untuk pergi sana pergi sini, boleh beli Iswara tahun 2000 ke-bawah, dalam rm5,000 camtu sahaja.

cmf_Arwen Publish time 18-11-2010 01:02 AM

mana le tawu... tt kata dia bisnes sndiri... kan... kan.. kannn...?
bzzts Post at 17-11-2010 09:15 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

bisnes kecil2an...kalau besar2an rasanya xdelah bukak kaunter pertanyaan kat sini...:$
Pages: [1] 2
View full version: macam mana nak beli kereta kalau xde slip gaji?


ADVERTISEMENT