CARI-MAL Publish time 23-12-2022 10:18 PM

Content Creater YouTube Paling Popular Di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus Pun Masuk Senarai

YouTube kekal sebagai peneman tetap kepada jutaan orang yang menavigasi keadaan kian berubah pada tahun 2022 di mana para penonton kini paling banyak berhubung bersama para pencipta dan artis yang menghasilkan kandungan merentas pelbagai format.


Peningkatan kepelbagaian kandungan dan cerita yang memikat hati para penonton di YouTube adalah bukti bagaimana penggunaan video telah benar-benar berkembang. Agak-agak untuk tahun 2022, siapakan content creater atau pencipta kandungan paling popular di Malaysia?


Tahun ini jatuh kepada Alieff Irfan yang dipilih oleh Youtube sebagai pencipta kandungan paling popular Malaysia di YouTube pada tahun 2022.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/23/221831vnwm49e91p5lnvng.jpgIG & FB




Manakala Ammar Nazhan, seorang lagi pencipta kandungan popular, menduduki tempat kedua. Selain dua wajah yang terkenal ini dalam senarai 10 teratas, terdapat juga ramai pendatang baru yang telah menjangkau penonton merentasi pelbagai format video. Berikut ialah senarai penuh 10 pencipta kandungan YouTube paling popular di Malaysia.


1. Alieff Irfan
2. Ammar Nazhan
3. Zhong
4. AI Boyyraa
5. NichLmao
6. AI Aniq
7. AI El Riss
8. Nasya Official
9. Willie Salim
10. Ustaz Azhar Idrus Official


Untuk akses pantas kepada video-video paling popular pada tahun 2022, lihat senarai main susun atur mereka bagi Video Paling Sohor Kini, Kandungan ‘Shorts’ Paling Popular dan Video Muzik Paling Popular. Selain Pencipta Kandungan Paling Popular, anda boleh semak Pencipta Kandungan ‘Breakout’ Paling Popular . Jadi yang mana satu kegemaran anda?




Sumber: Murai

Carcosa Publish time 23-12-2022 11:42 PM

Samada aku bodoh, atau aku terlampau pandai, sbb aku tak kenal pun nama2 tu. UAI je aku kenal.
Tapi tu pun aku masih terimbas imbas gambar di atas katil ittew

kerani_je Publish time 24-12-2022 12:51 AM

Aliff irfan n am nazhan tu content buat group cmpur talent perempuan laki duk serumah pastu duk buat game n prank sesama dia.

Tu je la modal nye. Yg x fhm bbnu skrg duk support suka sgt tgk talent2 bodoh ni main game entah ape2, ship mengeship kn bdk2 tu. Entah la mcm xde idea.

lightheaded67 Publish time 24-12-2022 05:31 AM

Carcosa: Samada aku bodoh, atau aku ter ...
alang2 cuol mule ceriter. aiol pun curious. dlm bidio tu kan, heols dgn siape tu ek, bini dia ke bukan? rasa bini dia kan, bukan betina tah mana. cuma curious jah cemana boleh ade rekod. pastu leak. huhu

DARSITA Publish time 24-12-2022 06:01 AM


Aii follow youtuber2 Indonesia dan Malaysia yang tangkap ikan jer .. seronok tgk dia orang tangkap udang, menjala ikan.

takkizawa Publish time 24-12-2022 08:29 AM

Sorry nok. Mak tak kenal semua. Kecuali UAI aja la.

forum5290 Publish time 24-12-2022 08:40 AM

Spe beb?alif ke?

helicornia Publish time 24-12-2022 10:01 AM

Ya rabbi.taste org Malaysia mmg suka content bodo2 ke.uai je la content berilmu

ladybugz Publish time 26-12-2022 08:58 PM

nampak sgt forumer semua geng2 acik2. ni mesti youtuber generasi baru. mmg langsung x kenai except ustaz. youtuber yg i layan flightchannel suka pula tgk technical part of flying an aircraft. all the crashes along the years. satu lg channel masak2 ka itu ja la yg suka melayan diwaktu lapang.

boongalalang Publish time 27-12-2022 08:39 AM

Kenal UAI je :lol:
YT aku penuh dengan gardening content :$
Pages: [1]
View full version: Content Creater YouTube Paling Popular Di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus Pun Masuk Senarai


ADVERTISEMENT