Raline Publish time 23-12-2022 07:18 PM

Tular! tikus jilat ayam goreng, KKM minta maklumat

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/12/WhatsApp-Image-2022-12-23-at-1.14.59-PM.jpeg
Tangkap layar seekor tikus sedang menikmati ayam goreng di dalam pemanas makanan di sebuah restoran.

Tikus jilat ayam goreng, KKM minta maklumat

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan video menjijikkan menunjukkan seekor tikus yang sedang enak menikmati ayam goreng di dalam pemanas makanan di sebuah restoran.

Video yang diulang ciap oleh KKM itu menunjukkan perkongsian oleh @zoeyhanafiah, memaparkan kejadian menjijikkan tersebut berlaku tepat di hadapannya ketika sedang menikmati makanan di restoran yang tidak dapat dipastikan lokasinya itu.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” ciap KKM.

https://twitter.com/zoeyhanafiah/status/1606032911744249856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1606032911744249856%7Ctwgr%5Ef3258c97bfc09c5aa792ae729b12eb37b1d52cad%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2F2022%2F12%2F23%2Fvideo-tikus-jilat-ayam-goreng-kkm-minta-maklumat%2F


Ciapan tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang berpendapat ada restoran yang tidak menitikberatkan isu kebersihan sekali gus menyokong tindakan KKM untuk bertindak segera.

“Bab kebersihan memang ‘out’ tapi bukan semua, ada yang okay, ” komen Norsafeni.

“Buka 24 jam, 365 hari tanpa masa cuci dan pembersihan. Patut kena bersihkan setiap hari,” ujar Mic Zhu pula.

“Dengan kadar segera, seperti kebanyakan setiap restoran yang beroperasi tetapi kebanyakannya mendapat A bagi tahap kebersihan. Rasuah setiap peringkat,” kata seorang lagi netizen.

Sehingga pukul 12.15 tengah hari ini, ciapan KKM itu telah diulang ciap sebanyak 1,121 kali. – KOSMO! ONLINE


Pages: [1]
View full version: Tular! tikus jilat ayam goreng, KKM minta maklumat


ADVERTISEMENT