Raline Publish time 21-12-2022 10:28 AM

Anak Perempuan Dapat Komen Lucah Di Media Sosial, Dr Amalina Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

Anak Perempuan Dapat Komen Lucah Di Media Sosial, Dr Amalina Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/12/IMG_5136.jpg

Personaliti terkenal dan pakar bedah kelahiran Malaysia yang menetap di United Kingdom, Dr Amalina Bakri tampil bersuara terhadap segelintir netizen yang berani membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuannya, Arabella Mia yang baru berumur 9 minggu.

Kongsi Ilmu Medikal Di IG Stories
Menerusi ciapan di Twitter, Dr Amalina menyatakan bahawa perkongsian ilmu medikal di media sosial mengenai adakah servis sunat bayi perempuan di UK itu telah diambil oleh media tabloid tempatan untuk menjadi bahan berita.

“Saya banyak membuat Q&A untuk berkongsi ilmu medikal kepada followers saya. Kenyataan yang saya buat di sesi Q&A di instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan daripada ‘follower’ diambil oleh penulis artikel tabloid untuk menjadi bahan berita mereka.”-Ciapan Dr Amalina

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/12/4AB3ACCD-5160-4B3E-A9FE-125396E3DDA4-1536x1330.jpeg


Dalam Proses Ambil Tindakan Undang-Undang

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/12/IMG_5137.jpg


Akui tidak terkesan jika kata-kata negatif ditujukan kepada dirinya, namun Dr Amalina akui ia satu tindakan yang melampaui batas apabila anak perempuannya yang tidak mempunyai dosa turut menerima kenyataan berbaur lucah di media sosial. Jelas Dr Amalina, beliau kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang agar menjadi pengajaran buat semua orang.

“Untuk makluman, saya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kepada semua. Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat headline clickbait atau mengambil berita remeh-temeh dari IG saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri. Dimanakah etika anda?.”-Ciapan Dr Amalina

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/12/B408DC8E-2D21-421C-8C40-70A461EE1A72-1536x864.jpeg


Di akhir ciapannya, beliau turut menitipkan harapan agar perkara ini mendapat perhatian oleh pihak yang berwajib.

Sumber:https://murai.my/2022/163834/anak-perempuan-dapat-komen-lucah-dr-amalina-ambil-tindakan-undang-undang/

miemiecha Publish time 21-12-2022 12:31 PM

amik jelah tindakan.. mek ade baca komen2 tu.. biadap sgt and bodo mcm xde akai..

ihtisyam1 Publish time 21-12-2022 02:09 PM

orang melayu islam semua yang komen bodo tu....

faraway1 Publish time 21-12-2022 04:22 PM

Comel betul anak dia

Gianna111 Publish time 3-1-2023 10:08 AM

elok lah.kasi ajar sikit netizen malaysia. tak faham antara budaya/adat dan hukum hakam.
Pages: [1]
View full version: Anak Perempuan Dapat Komen Lucah Di Media Sosial, Dr Amalina Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang?


ADVERTISEMENT