tatod Publish time 15-12-2022 11:20 AM

Banglo 'Famous' Kisah Seram Di Bukit Gasing Akhirnya Terjual

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/14/172554g3smmzm3o6xj33dd.pngSumber Google


Selepas beberapa tahun banglo mewah yang terletak di Bukit Gasing ini terbiar sepi tanpa penghuni, akhirnya rumah berkenaan terjual pada harga RM4.4 juta.


Perkara itu dikongsikan oleh pakar hartanah lelong, Muhammad Ishaq itu mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang tahu mengenai kediaman 'seram' itu.


Menerusi laporan The Vocket, ramai berpendapat bahawa pemilik baharu mendapat rumah tersebut pada harga 'durian runtuh' kerana dipercayai nilai pasaran semasa boleh mencecah puluhan juta ringgit apatah lagi rumah berkenaan berada di atas salah satu hartanah mewah di Malaysia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/14/173205n5oc4m6u6bj8oc5s.jpgSumber Google


Disebabkan rumah berkenaan lama terbiar, ia sering dikaitkan dengan kewujudan entiti di rumah berkenaan apatah lagi pemilik asal kediaman mewah itu dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.


Menerusi hantara Facebook pada Oktober 2021, Muhammad Ishaq ada menceritakan secara ringkas mengenai banglo tersebut yang dipercayai milik Richard Goh atau nama panggilannya Shihan Goh yang kini sudah berusia 61 tahun telah menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/14/174138v1zzn1stutatafxx.png






Berita banglo ini terjual sudah pasti membuatkan ramai orang ternanti-nanti untuk mengetahui siapakah individu yang akhirnya membeli banglo usang yang sering dikaitkan dengan cerita mistik.


Pada masa sama, ada yang mahu melihat banglo itu dibangunkan semula dan mempunyai penghuni selepas bertahun-tahun dibiarkan. -CARI



GntoI-V0V44










cattiecute Publish time 15-12-2022 11:29 AM

ramai momok2 kan rumah ni cakap ada mayat tak jumpa la
isteri tikam mati pompuan simpanan suami la
hujung2 owner lelong sebab dok singapore tak silap
anak beranak malas ambik port pasal rumah ni lagi

cikatilia Publish time 15-12-2022 12:09 PM

lawa kot umah ni.. cuma byk nak kena repair..
katbelakang dah ada binaan utk storage ke apa..roamy sgt.. nice... cepat2 renovate and buang sampah sarap mesti awesome.

Sazreena Publish time 15-12-2022 01:29 PM

Kalau aku..robohkan balik..structure asas tu maintain sebb pasak dia jgn usik..yg bahagian atas reno sbb kalau nak repair supa ko buat baru je lagi senang.

mizruncing Publish time 15-12-2022 04:26 PM

byk nak reno tu.. betol kaya laa sapa yg beli ni

noorhairiahma Publish time 15-12-2022 05:24 PM

4.4j agak murahlah tu kalau nak ikutkan harga sebenarnya, kan?

Meiizu Publish time 15-12-2022 10:48 PM

Yg beli tu mesti nak roboh & bina semula

eyansss Publish time 15-12-2022 11:49 PM

cikatilia replied at 15-12-2022 12:09 PM
lawa kot umah ni.. cuma byk nak kena repair..
katbelakang dah ada binaan utk storage ke apa..roa ...

storage room dia banyak n luas jugak...boleh buat bilik tu...tambah tandas je...

edayildiz Publish time 26-12-2022 01:05 AM

kira murah la kn..tp kn ada jgk org beli wpn tau berpuaka..or just gosip ker..org kaya takpe ramai helper dlm umah so xtkt sgt
Pages: [1]
View full version: Banglo 'Famous' Kisah Seram Di Bukit Gasing Akhirnya Terjual


ADVERTISEMENT