tatod Publish time 9-12-2022 07:47 AM

Bertahun Isteri 'Tong-Tong' Bayar Bil, Suami Tiba-Tiba Nak Kahwin Lain Sebab Rasa Mampu (Siap)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/08/223732w1s3j3peauwgujg3.pngSumber Google


Rasanya, sehingga ke hari ini pun masih ramai lagi pasangan suami isteri yang saling membantu membabitkan bil utiliti dan keperluan anak dan rumah yang lain.


Bagaimanapun, sering mengecewakan buat isteri apabila dia sudah membantu suami membayar separuh daripada keperluan keluarga tetapi tiba-tiba sahaja suami memasang niat untuk berkahwin lain.


Menerusi pengakuan yang dikongsikan di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi atas alasan dia mampu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/08/224625qahlgl92m90lpa0n.jpg

"Bertahun lamanya split bills sampaikan I dah rasa tu responsibility I tau even gaji suami pun dah naik banyak. I still bayar juga separuh bil bulanan. Tiba-tiba dia kata nak kahwin lagi. I macam terkedu, why so sudden? I tanya kenapa dia tiba-tiba nak kahwin lain? Dia kata dia mampu. MAMPU!


"I said, U mampu bayar sebab I tolong bayar separuh komitmen every month! Sebab tu U rasa banyak duit lebih. Now duit dah banyak U nak kahwin lain? Nanti dah kahwin wife no 2 tu kena split bill juga ke?" kata wanita tersebut.


Selepas mengajukan pertanyaan itu, katanya, suaminya hanya diam dan mungkin baru tersedar bahawa selama ini baki gajinya tidaklah sebanyak yang dibayangkan.


Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit rasa bodoh kerana selama ini berkorban atas dasar sayang namun hampah apabila suaminya terfikir untuk berkahwin lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/08/225428q959dgfegyegu6f2.jpgGambar hiasan. SUMBER Daily Mail




"So, kalau husband korang nak split bills, please buat condition U akan tolong bayar until dia mampu bayar semua. Itu nafkah yang wajib husband U bagi.


"Jangan jadi macam I okay?," katanya mengakhiri perkongsian cerita. -CARI









Thunderclouds Publish time 9-12-2022 09:16 AM

Kengkadang i wonder hgpa ni lgsung xcommunicate ka ngn pasangan? Like dh bertahun² sharing commitments at one point xterpikir ka sampai bila perlu buat mcm tu sbb hakikatnya menda tuh tggjawab laki hg.
Gaji hg bukan laki hg punya. Dia kna paham tang tu. So bincang la bebaik sesama hgpa. Wean off laki hg punya dependency ngn duit hg pelan2. Bukan aku ckp xboleh bantu sikit²,tapi buat in moderation lar. Bila hgpa baik hati sgt jadi lar mcm ni.

AkokKocik Publish time 9-12-2022 10:35 AM

Moral of the story, jangan manjakan somi, ustaz jehar pun dlm ceramahnya, haram sorang somi mintak istrinya bayar apa2 dlm rumahtangga krn itu adalah kewajiban somi utk sediakn semua keperluan istri, x mampu, xyah kawen....posa byk2.

shinyoung Publish time 9-12-2022 11:23 AM

Mmg ada laki jns ni.. Lps bertahun gaji pn dh naik buat xreti hal2 expenses rumah.. Ada akak kt ofis ckp lakinya tiap bln smp barang kasut hiking la, bj hiking la.. Tiap ms tukar hobi tiap kali jgkla tkr bj.. Klu main basikal kn beli suit basikal plk.. Sdgkn dia nk shoppin baju n beg pn berkira2.. Kesian jgk kt dia..

Klu i ada handbag xnk pakai, i suka bwk g ofis nk bg dkt makcik cleaner.. Kdg dia yg nak.. Kesian plk kt dia

acik79 Publish time 10-12-2022 12:28 AM

Alhamdulillah… suami aku bayar semua komitmen… rezeki org lain2… ada juga suami yg bertanggungjawab tapi mmg susah nak cari.

cikatilia Publish time 10-12-2022 10:43 AM

acik79: Alhamdulillah… suami aku baya ...
Ramai yg x guna dari yg guna
Kalau bab bill settle ada bab lain plak hanat nya

Belen gitu

ladybugz Publish time 10-12-2022 04:58 PM

itula perempuan ni mmg lemah bila bab dgn suami n i x terkecuali. bila hati dah sayang mcm2 sanggup korbankan. x suka nk berkira dgn org yg kita sayang. sayang melebihi duit dan harta dunia ni. tp malangnya ramai lelaki yg tak tau menghargai. merasakan diri mereka raja dan berkuasa dan boleh buat apa shj sehingga mengguris hati isteri yg ikhlas sayangkan mereka. dlm kes perempuan ni, i think yg paling hurtful is not about the money tht she has spent but the betrayal yg suami dia buat behind her back. senyap2 jatuh hati kat perempuan lain seolah segala pengorbanan yg dibuat x bermakna.

supernaturalee Publish time 11-12-2022 07:59 AM

ladybugz replied at 10-12-2022 04:58 PM
itula perempuan ni mmg lemah bila bab dgn suami n i x terkecuali. bila hati dah sayang mcm2 sanggup...

What to do dgn jantan sebegini sis

Far Publish time 12-12-2022 03:04 PM

Kalau boleh isteri jangan bantu sangat kewangan suami. Diaorang bukannya menghargai pun bantuan isteri. Ada duit lebih sikit, belanja orang lainlah, nak kahwin lain lah, etc...
Rasa macam semua lelaki sama jer

sufi^_^ Publish time 14-12-2022 12:06 PM

supernaturalee replied at 10-12-2022 11:59 PM
What to do dgn jantan sebegini sis

hantar je balik rumah mak bapak dia

HabukBesi Publish time 14-12-2022 12:23 PM

{:noseo {:noseo

AJENALI Publish time 14-12-2022 06:43 PM

Sebelum kawin kene tanya soalan urusan nafkah zahir dan batinterus siap2 kan? Tanya manja2 moderate je dulu.. tengok mana perginya

Mekgadis16 Publish time 30-12-2022 11:50 PM

Aku kenal spesis laki macam ni. Tapi bukan laki aku la. Huhuhuhu

Masa kawan aku mula2 kawin dulu dia tong2 bayar bil duit rumah semua sebab masing2 baru habis belajar terus kawin. 8 tahun kemudian, walaupun gaji laki dia dah 5 angka, still mintak kawan aku “bahagian” dia setiap bulan. Bodoh betul laki macam ni :huffy

Zeatyisaac Publish time 31-12-2022 09:50 PM

Dah terkahwin Kan dengan orang sebegitu, so dah takleh undur. Nasihat I, jangan layan dia. Anggap apa Yang you dah tong tong sebelum ni sebagai hutang. Jangan masak, you dan anak2 makan kedai. Jangan cucu baju dia, jangan siapkan pakaian dia. Kalau dia Tanya, suruh dia bayar dulu hutang duit yang you tong tong itu. Duit pun orang tong tong, ada hati nak kahwin lain. Satgi, kalau cerai, duit nafkah anak pun tak bagi ni nanti.

You nak pakai nasihat I, silakan. Taknak pun takpe, sekadar my bash. Tq
Kalau

Zeatyisaac Publish time 31-12-2022 09:52 PM

Owh, setahu I lah Kan, tiada istilah isteri derhaka selagi suami belum bayar hutang isteri dan si isteri tidak redha. Correct me if I am wrong.

UMMI_MAI Publish time 9-1-2023 06:25 PM

Zeatyisaac replied at 31-12-2022 09:50 PM
Dah terkahwin Kan dengan orang sebegitu, so dah takleh undur. Nasihat I, jangan layan dia. Anggap ap ...

ni yg ada kes bebaru ni yg menang tuntutan nafkah ke atas suami sewaktu masih lagi suami isteri kan ? mula2 wife dia failkan tuntutan masih lagi tidak bercerai , tapi bila suami dapat thau isteri buat tuntutan mahkamah , dia ceraikan bini dia ...huhu . Nasib dia sanggup bayar walopun dah bercerai

mamaida28 Publish time 10-1-2023 09:28 AM

Pernikahan saya dulu, saya yg byk keluar duit dari A-Z. masa tu mmg bdoh sgt sbb kad bank semua dia pegang..duit belanja dia bg 10.00 sehari. sy bgnkan dia dari dia zero smp org nampak dia. bila dia buat perangai, saya rasa sedih dan sakit hati..saya fight kat mahkamah syariah 2 tahun juga lah. saya jd janda hampir 15 thn and now alhamdulilah saya bersyukur jumpa suami baru..pertama kali dalam hidup saya dpt duit belanja..terima kasiih Allah..

azimodin Publish time 10-1-2023 04:16 PM

Bagi aku 3-4 tahun pertama boleh la nak tong tong banyak sebab baru nak berkeluarga. Aku sendiri masa baru2 kawen buat half-halflepas 2 tahun kawen laki aku naik pangkat, aku kurangkan contribution aku kepada 25%. Insyaallah tahun ni dia promoted lagi, boleh la aku cuci tangan. Hidup xleh nak expect perfection, yg penting progress. Don't worry, semua resit perbelanjaan yg aku topup aku simpan. Kot2 dia buat hal, aku boleh londehkan dia sampai tinggal spender

ninituck Publish time 2-2-2023 11:05 AM

Saya percaya bahwa menabung adalah kunci untuk keuangan yang stabil dan berusaha untuk mengintegrasikan prinsip-prinsip ini ke dalam gaya hidup saya.
Pages: [1]
View full version: Bertahun Isteri 'Tong-Tong' Bayar Bil, Suami Tiba-Tiba Nak Kahwin Lain Sebab Rasa Mampu (Siap)


ADVERTISEMENT