ainiz81 Publish time 7-12-2022 10:04 AM

Pengalaman Mistik Mommy Ainiz Pindah Rumah Baru Lokasi Putrajaya :)

Edited by ainiz81 at 8-12-2022 01:42 PM

Salam semua.. {:loveo

Lama Ainiz tak share cerita dlm forum ni. Ainiz nk bahasakan diri Ainiz Mommy lah. Sebabnya nya Ainiz bukanlah muda sgt pun mcm majoriti kat sini hehe.. Uols leh panggil Mommy je k.. :$

Thread pertama Mommy pun tahun 2012.. Lama giler dah :2lol: Life Mommy pun tak x sama mcm dulu. Tiada lagi sambungan cerita Borneo sgt.. Kalau ada pun if ada encounter masa Mommy gi sana utk bawa anak2 visit je. Apa pun alhamdulillah segala pengalaman mistik Mommy sepanjang ber keluargakan org sana dapat diabadikan dalam Forum Cari ni {:angel2o

Ok geng jom Mommy mulakan cerita. Tahun 2020, Mommy berpindah ke rumah sendiri di area Putrajaya juga. Ada rezeki lebih dapatlah Mommy beli rumah penjawat awam yg sqf paling besar 4 bilik. Rumah apartment je geng.. Sqf paling besar kedudukannya bhg tepi sekali. Hanya ada 2 rumah je utk saiz ni di stp aras. Aras yg Mommy duduk ni Mommy & jiran sebelah dah pindah masuk. Tapi beberapa hari lepas pindah barulah Mommy sedar yg rumah atas Mommy tu kosong tak berpenghuni utk kedua2 rumah tepi ni. Mommy pindah just before 1st PKP dilaksanakan. Masa mula2 pindah tu mcm biasa je rasanya. Setakat bunyi berlari kat atas time 1 - 2 pagi tu biasa. 3 hari lepas pindah Mommy dah rasai pengalaman ditindih makhluk besar ketika sedang tidur. Masa tu Mommy sorang je. Punyalah teruk rasa dia 1st experience in my life kena tindih masa tidur ni. Mmg tak pernah kena sblum ni. Nak baca apa pun tak keluar dari mulut. Suara tersekat habis & tak boleh bernafas. Tapi dia tindih sekejap je. Mcm salam kenal gitew ;P

Owh lupa Mommy nak explain pd korang. Perkahwinan skrg Mommy adalah isteri ke 2. Jadi utk rotation giliran husband adalah selang 3 hari. Jadi Mommy akan tidur sendirian selang 3 hari. Tapi lepas kejadian kena tindih sampai tak boleh bernafas tu Mommy mmg tak berani tidur sendiri. Mesti ajak anak bongsu tidur sekali. Anak bongsu Mommy boy umur 5 tahun. Sebelum ni dia tidur dengan bibik. Anak Mommy ada 5 org semuanya. 3 gurlz 2 boy. Sejak kena tindih tu kami anak beranak selalu dgr bunyi bising dari rumah atas. Especially bila husband Mommy tak ada bunyi akan jadi sgt kuat yg luar biasa. Bila husband ada dia kurang bunyi. Mommy takdelah rasa takut sgt sbb apartment Mommy ni mmg baru dibuka. Mestilah ada je yg menghuni sini sebelum kami semua pindah. Mommy duk fikir gitulah nak positifkan minda kan. Tapi bunyi yg kami dgr mmg bukan sekadar guli. Sampai ada yg Mommy sempat record.

Ramai yg bg pendapat utk masalah yg Mommy hadapi ni adalah gangguan dari dalam rumah Mommy sendiri. Bukan dari rumah kosong di atas. Sebelum Mommy cerita lebih lanjut harap korang jgn komen mcm ni ye.. Sebab sepanjang usaha nak clearkan gangguan ni.. Mommy ikhtiar mcm2. Memang kesimpulan yg Mommy dpt benda tu adalah dari rumah kosong di atas. Bukan rumah Mommy.... Sekali lagi Mommy bagitau BUKAN RUMAH MOMMY yg bermasalah please jgn nanti ada komen palatau :2lol:. Byk Mommy habis masa & duit utk dapatkan hidup aman mcm sekarang ni tau. Nanti kalau ada yg nak minta no contact perawat pun Mommy boleh je share k.. Tapi bacalah dulu journey Mommy ni syg2 semua{:kisso

Pada bulan Sept 2020, blok apartment Mommy digemparkan dgn cerita penghuni terserempak dgn makhluk berbulu merayau2 kat area koridor depan lif. Ada yg terserempak ada pula yg nampak dari tingkap rumah. Byk spekulasi timbul masa tu. Ada yg kata belaan org kat situ juga. Kononnya owner sedang sakit & makhluk tu sedang merayau cari tuan baru. Kebetulan pulak, mmg ada unit rumah di 1 aras ni yg penghuninya tgh sakit kuat x boleh bangun. Si isteri katanya. Nasib lah jauh di atas Mommy. If dekat seram juga sbb yg terjumpa pun ramai yg kata aras penghuni yg sakit tu dan sekitarnya. Jauh la sikit di atas dari aras Mommy.

Nanti Mommy sambung k. Ramai tak yg nak tau kisah ni? True story taw :loveliness:

s@s@ Publish time 7-12-2022 10:19 AM

tahniah rumah baru {:1_509:}

presint berapa?

ainiz81 Publish time 7-12-2022 10:22 AM

s@s@ replied at 7-12-2022 10:19 AM
tahniah rumah baru

presint berapa?

kang korang cari pulak hahaha... pm tepi je la ;P

venom1 Publish time 7-12-2022 10:53 AM

sambung-sambung Mommy

duri_durians Publish time 7-12-2022 12:18 PM

sila sambung., yeahh ada rumah baru nak berkuntum..

rumah presint 6 ke mommy?

edoraixora Publish time 7-12-2022 12:30 PM

hai kaka....long time no see ur niknem

sambung lagi kaka

Rapz Publish time 7-12-2022 03:28 PM

Alhamdulillah...ada umah bru,yeay!

Nk sambungan cite kaka.....

ainonymous Publish time 7-12-2022 03:28 PM

wahh best best nak sambungannnn.. mommy ni ke yg dulu ada kongsi cerita mistik sewa rumah double storey kat Kelana Jaya pastu rumah tu angker? siap masa tgh beromen dgn tok laki pun, ada orang visit dalam bilik? lama yachhh iols berkuntum kat thread tu..

kalau salah orang, ampunnnn

ainiz81 Publish time 8-12-2022 08:34 AM

venom1 replied at 7-12-2022 10:53 AM
sambung-sambung Mommy

hokeh odw... {:3_91:}

ainiz81 Publish time 8-12-2022 08:35 AM

duri_durians replied at 7-12-2022 12:18 PM
sila sambung., yeahh ada rumah baru nak berkuntum..

rumah presint 6 ke mommy?

area situ2 le tu {:mlbanana:}

ainiz81 Publish time 8-12-2022 08:35 AM

edoraixora replied at 7-12-2022 12:30 PM
hai kaka....long time no see ur niknem

sambung lagi kaka

ello dahhling... waaa tingginya ranking dia ;P

ainiz81 Publish time 8-12-2022 08:36 AM

Rapz replied at 7-12-2022 03:28 PM
Alhamdulillah...ada umah bru,yeay!

Nk sambungan cite kaka.....

i'm comingggg {:1_551:}

ainiz81 Publish time 8-12-2022 08:37 AM

ainonymous replied at 7-12-2022 03:28 PM
wahh best best nak sambungannnn.. mommy ni ke yg dulu ada kongsi cerita mistik sewa rumah double sto ...

bukan tu sayaammm... hehe.. Mommy share psl antu kat sabah je.. ex dlu org sana

ainiz81 Publish time 8-12-2022 10:09 AM

Edited by ainiz81 at 8-12-2022 10:12 AM

Ok jom sambung cerita makhluk merayau kat blok Mommy tu.Mommy ni sebenarnya jenis takde la bergaul sgt kat komuniti sini. Cuma aktif dalam wasap group je la. Ada hari tu diorang dlm wasap group ckp psl makhlukni. Mommy pun baca dgn penuh minat. Mcm seram juga la sbb benda ni dah munculkan diri. Logik juga dia seolah2 sedang mencari tuan baru :funk:
Ada satu hujung minggu tu tak silap Mommy pagi Ahad. Anak Mommy no 4 balik awal pagi. Masa tu dia umur 8 tahun. Ex Mommy akan hantar balik rumah awal mcm dalam Subuh gitu. Sebabnya bini dia kerja shif di hospital. So dia sekalikan lah pulang balik anak masa urus bini pergi/balik keje. Pagi tu anak tekan loceng Mommy dgr tapi bibik dah buka pintu. So Mommy biar je la. Dlm kul10 pagi Mommy jenguk anak ni tadi kat bilik, dia tgh tidur berselimut. Bibik kata balik je pagi tadi terus tidur tak solat Subuh pun. Selalunya si boboi 8 tahun ni akan solat dulu seblum dia tidur balik. Mungkin penat sgt Mommy pun biar je dia tidur. Nanti dia bangun siap la ko nak Mommy bebelkan. Camtu le Mommy pikior ;P
Tapi uols tau si boboi Mommy ni tak bangun sampai tgh hari. Mommy jd pelik masa dah nak Zuhur terus kejut dia. Mommy gerak2 kan badan dia pastu rasa kat kepala rupanya demam budak tu. Membebel la Mommy sbb pd fikiran Mommy mesti ex bawa mandi swimming sampai demam budak tu. Panjang bebelan Mommy sbb si boboi ni ada Asthma so dia cepat sakit klau sejuk2 lama sgt. Sudahnya.. Ptg baru dia bangun..Bibik dah bagi ubat semua kebah sikit le bdn dia. Tapi masih suam2.
Mommy tgk dia dah sedar elok terus le Mommy tanya pergi mana dgn ex sampai demam. Barulah si boboi ni buka mulut. Katanya ex mcm biasa turunkan dia depan lobi apartment je. Dia naik lif sorang2 seperti selalu bila dia balik awal pagi. Tapi Subuh tadi ex hantar lebih awal iaitu sebelum azan. Memang tengah gelap gelita la kan {:childlikeo
Rupanya boboi sorang ni demam terkejut. Katanya sampai aras rmh Mommy, pintu lif terbuka je dia nampak makhluk warna hitam tapi berbaju putih kotor2 mcm ada tanah kata anak.. Berdiri depan lif tgh pandang dia. Kawasan koridor umah Mommy mmg terang benderang. So mmg anak kata dia nampak la mata hitam tapi berkilat tu. Tinggi lebih kurang anak juga.Sebab takut sgt dia tekan lif turun semula aras G. Konon nak cari org lain & tengok2 mana tau kereta ex masih ada. Tapi memang kosong takde sesiapa kat area lobi tu. Dia pun amik lif lain yg dekat sikit dengan arah koridor kerumah Mommy. Buka je pintu lift tu makhluk tu masih ada di kedudukan yg sama. Bila pintu lif terbuka dia siap pusing pandang ke arah si boboi. Sebab lif yg kali ni tepi sekali, si boboi ni pun cepat2 keluar dari lif & lari menuju pintu rumah Mommy. Baru Mommy perasan masa dia tekan loceng rumah pagi tadi mmg agak kelam kabut bunyinya. Bukan DING DONG je. Tapi DING DONG DING DONG DING DONG. Ingatkan dia sengaja. Tau je la umur 8 tahun kan tengah nakal. Rupanya dia tengah ketakutan. Sian anak Mommy genk. Terpilih lak dia pagi tu. Kalau Mommy maybe tak naik balik. Duk je kat lobi bawah tu sampai siang sikit ;P

Hokeh nanti Mommy sambung citer ttg perawat yg dtg utk tangkap Makhluk ni k {:1_551:}

edoraixora Publish time 8-12-2022 10:10 AM

ainiz81 replied at 8-12-2022 08:35 AM
ello dahhling... waaa tingginya ranking dia

berkat meng'login' porum hehari :lol:

tapi jarang sangat komen pun, rajin gi tred yg mod pemurah bagi kekacang je

ainiz81 Publish time 8-12-2022 10:13 AM

edoraixora replied at 8-12-2022 10:10 AM
berkat meng'login' porum hehari

tapi jarang sangat komen pun, rajin gi tred yg mod pemurah...

waaa lama dah tak dgr terms 'kekacang' ni hihihi {:mlXD:}

venom1 Publish time 8-12-2022 11:01 AM

ainiz81 replied at 8-12-2022 10:09 AM
Ok jom sambung cerita makhluk merayau kat blok Mommy tu.Mommy ni sebenarnya jenis takde la bergaul s ...

Mommy nak tanya kenapa panggil ex ek? tidak bersama lagi ke?

shop_girl Publish time 8-12-2022 11:54 AM

Hi TT..saya baru lepas baca kisah seram kat Sabah tu..mesti macam2 yg berlaku dlm hidup TT kan..That's life..teruskan berkarya ye TT..I really enjoy your stories {:1_152:}

Paiya Publish time 8-12-2022 02:36 PM

yeay

ada rumah baru....

cattiecute Publish time 8-12-2022 02:56 PM

baru je friend request dengan tt lepas baca misteri borneo haritu.
tak bersama dah ke tt? tak panjang jodoh walaupun sweet je laki bini.
lama betul tread dari 2012 kan?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Pengalaman Mistik Mommy Ainiz Pindah Rumah Baru Lokasi Putrajaya :)


ADVERTISEMENT