Raline Publish time 6-12-2022 08:32 AM

Mimpi bermacam-macam, rupanya ada 2 roh ini dalam jasad manusia

Mimpi bermacam-macam, rupanya ada 2 roh ini dalam jasad manusia

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Untitled-design-2022-11-25T174917.132.png
ROH merupakan sesuatu yang tidak tercapai dek akal manusia dan sukar ditafsirkan. Segala batas pengetahuan hanya ALLAH SWT yang mengetahuinya.

Mimpi bermacam-macam, rupanya ada 2 roh ini dalam jasad manusia.

ADAKALANYA kita terbuai-buai apabila diulit mimpi yang indah. Namun, kadang-kadang hati terasa berdebar-debar dan degupan jantung dirasakan begitu laju sehingga membuatkan kita terjaga ketakutan.

Demikianlah pelbagai rasa yang dialami saat kita sedang bermimpi bermacam-macam ketika tidur.

Kata orang, mimpi itu hanyalah mainan tidur. Apatah lagi apabila seseorang terlalu banyak berfikir sebelum melelapkan mata.

Ada juga pihak yang mengaitkan mimpi dengan roh yang keluar daripada jasad tatkala kita sedang tidur. Disebabkan itulah kadangkala kita mimpi bermacam-macam. Mungkin pada awalnya kita mimpi sedang bermain bola di padang, secara tiba-tiba pula ia beralih kepada bermimpikan seseorang yang dekat dengan kita.

Almarhum Ustaz Mohd Murtadza Mohd Yussof, seorang pendakwah bebas, pernah berkongsi mengenai kejadian mimpi. Ia sebenarnya datang daripada satu roh yang ALLAH SWT telah jadikan dalam jasad setiap hamba-NYA.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Untitled-design-2022-11-25T175118.297-768x512.png
RUHUL Yaqazah iaitu roh yang akan keluar pada waktu kita tidur dan roh ini juga merupakan roh yang sangat ringan.

Beliau menjelaskan, kita selalu bermimpi benda yang bukan-bukan kerana mimpi adalah mainan tidur. Ketika sedang beradu, roh akan keluar daripada jasad kita sehinggalah ALLAH takdirkan ia untuk masuk balik ke dalam tubuh badan dan membuatkan kita masih bernafas.

Memperincikan lanjut, ujar beliau, terdapat dua roh dalam jasad manusia iaitu Ruhul Yaqazah iaitu akan keluar pada waktu kita tidur dan satu lagi, Ruhul Hayah (roh ini tidak akan keluar pada waktu tidur, tetapi boleh keluar pada bila-bila masa apabila sampai ajal kita).

“Ruhul Yaqazah adalah roh yang sangat ringan. Ia akan pergi keluar ke mana sahaja, kerana itulah kita akan bermimpi dan duduk di pelbagai tempat. Bila kita terjaga, roh ini akan masuk balik dalam jasad.

“Kerana itu Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kita, apabila bangun sahaja daripada tidur, sunat membaca doa bangun tidur. Jika tidak tahu berbahasa Arab, cukuplah lafazkan dalam bahasa Melayu dengan ungkapan ‘Alhamdulilah puji dan syukur kepadam-MU kerana ENGKAU menghidupkan aku setelah mematikan aku buat sementara’,” ungkapnya.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Untitled-design-2022-11-25T175024.843-768x512.png


CUKUPLAH lafazkan dalam bahasa Melayu dengan ungkapan ‘Alhamdulilah puji dan syukur kepadam-MU kerana ENGKAU menghidupkan aku setelah mematikan aku buat sementara’.

Urusan roh hanya diketahui ALLAH SWT

Sementara itu, memetik hantaran di laman sosial Facebook Pusat Rawatan Islam Al-Ahad, isu roh tidak boleh diperkatakan dengan sewenang-wenangnya kerana ia sepenuhnya dalam jagaan ALLAH. Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI kelebihan tentang roh.

Firman ALLAH: “Mereka bertanya kepadamu tentang roh dan katakan, rooh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah al-Isra, Ayat 85)

Jelas pusat rawatan berkenaan, pada dasarnya seseorang itu dilarang mengkaji hakikat tersebut kerana ketidakmampuan akal manusia untuk mengetahui hakikat roh.

“Percubaan untuk mengetahui dan mendedahkan hakikat tersebut akan menyebabkan kebingungan dan kesesatan manusia itu sendiri.

https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Sarung-BHS-1024x681.jpg

“MEREKA bertanya kepadamu tentang roh dan katakan, rooh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah al-Isra, Ayat 85)

“Roh ialah diri manusia yang sebenar, manakala jasad hanyalah tempat bagi roh itu. Rohlah yang sebenarnya merasai kenikmatan dan kesengsaraan, ketenangan dan kegelisahan, kebahagiaan dan kecelakaan. Sihatnya roh bererti kebahagiaan dan ketenangan bagi diri manusia, manakala sakitnya roh bererti kesengsaraan dan penderitaan bagi dirinya itu,” tulis hantaran berkenaan.

Sesungguhnya roh sudah mengenali, mengakui dan menyaksikan Tuhan YANG MAHA ESA sebelum jasad diciptakan.

Al-Quran telah menyatakan hakikat itu yang mana ALLAH SWT telah mengambil penyaksian tersebut dengan bertanyakan roh sejak di alam arwah lagi (sebelum jasad dijadikan), lalu roh menjawab dengan pengakuan, pengesahan serta penyaksian terhadap Tuhan MAHA PENCIPTA.


Sumber:https://sinarislamplus.sinarharian.com.my/aqidah/mimpi-bermacam-macam-rupanya-ada-2-roh-ini-dalam-jasad-manusia/

Pages: [1]
View full version: Mimpi bermacam-macam, rupanya ada 2 roh ini dalam jasad manusia


ADVERTISEMENT