sfhzuraz Publish time 5-12-2022 04:49 PM

MALBATT 850-9 terima pingat pengiktirafan Itali

MALBATT 850-9 terima pingat pengiktirafan Itali

Oleh Mohd Khidir Zakaria - Disember 5, 2022 @ 4:41pm   bhnews@com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/atmmm_1670229655.jpg
Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad memeriksa Perbarisan Kontinjen Malaysia Batalion 850-9 (MALBATT 850-9) yang berkhidmat di Lubnan di bawah Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson. NSTP/Mohd Khidir Zakaria



PORT DICKSON: Kontinjen Malaysia Batalion 850-9 (MALBATT 850-9) yang berkhidmat di Lubnan di bawah Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) buat julung kalinya hari ini, dikurniakan Pingat Pengiktirafan daripada Itali.
Kontinjen ini yang melaksanakan tugas selama setahun bermula dari 13 November 2021 dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang tamat penugasan pada 12 November lalu.
Ketua Kontinjen, Kolonel Megat Maz Ardi Nohudin, berkata kekuatan keseluruhan seramai 854 anggota yang terdiri daripada 82 Pegawai dan 801 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 85 pegawai dan anggota wanita serta 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama seorang Pegawai Awam Kewangan dari Kementerian Pertahanan Malaysia.
Katanya, anggota MALBATT 850-9 mempamerkan sifat profesional tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman yang menjadikan Malaysia terkenal serta disenangi oleh semua pihak di Lubnan.
"Lebih membanggakan, kita dikurniakan Pingat pengiktirafan daripada negara Itali iaitu 'Croce Commemorativa Per La Partecipazione Alle Operazioni Di Pace' yang disampaikan sendiri oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, yang mana beliau adalah Komander pertama dari MALBATT yang mendapat pengiktirafan itu.
"Kejayaan yang dicapai oleh setiap adalah kejayaan keseluruhan ATM yang menyokong dasar kerajaan dalam pembinaan dan pemerkasaan hubungan antarabangsa bagi konteks jaringan diplomasi ketenteraan dan pertahanan," katanya.
Beliau ditemui media selepas Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting di sini.
Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad, berkata semua anggota dan pegawai selamat tiba di tanah air melalui empat peringkat yang bermula 28 Oktober lalu.
"Kumpulan terakhir kontinjen ini tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang pada 18 November lalu yang digantikan dengan Kontinjen MALBATT 850-10 yang diketuai oleh Kolonel Mohd Rizman Ramli dilaksanakan pengambil alih pada 12 November lalu di Kem Marakah, Selatan Lubnan.
"Secara keseluruhannya, MALBATT 850-9 berjaya menguruskan sebanyak 24,198 aktiviti pengoperasian di kawasan tanggungjawab MALBATT yang berkeluasan 288 kilometer persegi, iaitu kawasan tanggungjawab yang paling besar di bawah UNIFIL," katanya.

sumber




Pages: [1]
View full version: MALBATT 850-9 terima pingat pengiktirafan Itali


ADVERTISEMENT