CARI-MAL Publish time 2-12-2022 03:44 PM

Solat Subuh Berjemaah Dalam KTM, Cepat Rebut Buat Calon Suami

Tular video sekumpulan penumpang menunaikan solat fardu Subuh di dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan menerima pujian ramai.


Video berdurasi 16 saat itu memaparkan empat lelaki mengangkat takbir, berdiri di belakang seorang imam yang mengetuai jemaah berkenaan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/02/154229qmi7rj3a6kt7qyic.jpgTikTok




Mereka juga menghamparkan sejadah di atas lantai dan menunaikan solat dua rakaat di ruangan tengah antara kerusi penumpang.


Menurut pemilik video yang menggelarkan diri sebagai Benteng Sejagat, solat Subuh berjemaah merupakan situasi biasa buat mereka yang menggunakan KTM untuk ke tempat kerja pada awal pagi.




202212up_166996695661


Selain memuji contoh baik yang ditunjukkan, netizen turut meluahkan rasa sayu melihat kecekalan individu berkenaan keluar awal pagi untuk bekerja dan masih taat menjalankan kewajipan agama.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/02/154229noo7y32tc55uha2t.jpg



Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, adalah dibolehkan untuk solat secara umumnya sekiranya seseorang itu berada di atas kenderaan.




Sumber: mStar






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

Bawang123 Publish time 2-12-2022 05:13 PM

Edited by Bawang123 at 2-12-2022 05:14 PM

Itu semua suami orang chu ols. Lihatlah perut mereka. Elok terjaga kandungannya. Tak usah rebut.

Kitty_catz Publish time 2-12-2022 07:22 PM

haa apa lagi.. ipan kata ramai andartu kat sini... harap2 meletup ovari memasing yach ;P

intan244 Publish time 2-12-2022 08:02 PM

alhamdulillah, tp solat mcm dlm flight pon ok kan. kalau tetiba org ramai masuk, jgn sampai ganggu pengguna lain jela.

doubleharmonic Publish time 2-12-2022 08:55 PM

tren bukan laju kerr? dengan bergegar2 lagik? kalau berdiri tu tangan kena pegang handle tu yachhh nak bagi stabil

eyansss Publish time 3-12-2022 01:46 AM

soalan jujur, tak sempat ke kalau tunggu sampai ke destinasi untuk solat subuh?

gigahertz Publish time 3-12-2022 11:58 AM

eyansss: soalan jujur, tak sempat ke kalau tunggu sampai ke destinasi untuk solat subuh?
dah hujung hujung waktu tu. kalau awal awal tak ralat sangat kalau tetiba nampak matahari.

bunnyj3lly Publish time 3-12-2022 03:10 PM

Sekarang kan subuh awai. Sebelum pukul 7 matahari dah mula nk menampakkan cahaya surianyaaaa

Zeatyisaac Publish time 15-12-2022 04:50 PM

eyansss replied at 3-12-2022 01:46 AM
soalan jujur, tak sempat ke kalau tunggu sampai ke destinasi untuk solat subuh?

Tak sempat dik, kekadang naik train awal pagi, especially train barang bukan sejam dua perjalanan.

eyansss Publish time 15-12-2022 11:40 PM

gigahertz replied at 3-12-2022 11:58 AM
dah hujung hujung waktu tu. kalau awal awal tak ralat sangat kalau tetiba nampak matahari.

kiranya dia masuk train sebelum subuh n nanti sampai destinasi dah nak hujung2 waktu la eh...paham2...tqtq...

eyansss Publish time 15-12-2022 11:41 PM

Zeatyisaac replied at 15-12-2022 04:50 PM
Tak sempat dik, kekadang naik train awal pagi, especially train barang bukan sejam dua perjalanan.

train barang tu faham tapi yang viral ni ktm biasa kan...tapi tu la, maybe sebab tak pernah lagi keje jauh sangat dari rumah tu yang saya tanya soalan jujur tu...

gigahertz Publish time 16-12-2022 03:12 PM

eyansss replied at 15-12-2022 03:40 PM
kiranya dia masuk train sebelum subuh n nanti sampai destinasi dah nak hujung2 waktu la eh...pah ...

ye la. masa subuh tu kan pendek je. bukan kita sorang je bangun waktu subuh tu
kan ramai berasak asak. macam macam hal boleh berlaku.
melainkan datang ke terminal tu awal. subuh masuk pukul 6
solat kat situ juga. lepas tu apa berlaku x kalut sangat.
kalau mati pun tak risau nak menjawab.
Pages: [1]
View full version: Solat Subuh Berjemaah Dalam KTM, Cepat Rebut Buat Calon Suami


ADVERTISEMENT