Mocha99 Publish time 1-12-2022 12:17 PM

Patutkah berhenti belajar kerana dipulau rakan sekelas

Hai assalamualaikum , saya pelajar diploma tapi saya agak ada masalah di dalam kelas iaitu dipulau rakan sekelas sehingga susah untuk buat assignment berkumpulan . Saya tak tau sama ada berhenti lebih baik untuk saya dan pergi cari kerja .. atau saya perlu teruskan belajar ni?
Saya sgt stress kerana di dalam kelas saya dipulau dan takde org nak berkawan dgn saya , taktahulah kenapa huhuhu..Gelap x masa depan kalau berhenti belajar diploma nih??

J4I Publish time 1-12-2022 05:58 PM

Edited by J4I at 1-12-2022 06:10 PM

Waalaikumussalam dik,
Adik ambil diploma apa ya?

Tumpang simpati dik sebab dapat dapat team macam tu. Orang lain juga macam-macam karenah yang diorang hadap bila ada team assignment ni.

Sudah cuba ajukan isu ni ke lecturer adik tak?

Nasihat saya kan Dik, please jangan. Saya nak bagitahu, Nak masuk belajar diploma ni bukan murah dik. Kalau adik ambil biasiswa ataupun pinjaman, nanti kena bayar semula. Itu lagi susah.

scorpionkiki Publish time 7-12-2022 09:02 PM

Kejap ja Dik...teruskan. Kejap aja nanti adik akan melalui fasa ini. Hidupan ini perjalanan, nanti akan jumpa simpang lain yg lebih cerah dan lapang. Bdk2 perempuan mmg pelik...nanti dlm.group tu ada problem, dia pegi ja pd adik nak gang. Jadi, sabar ya...adik ada Allah.

amyza Publish time 8-12-2022 07:58 PM

Abaikan kawan² toxic. Awak belajar rajin² buktikan takde kawan pun boleh dapat gred lagi bagus dari diorg. Bila awak pandai, ramai org nak rapat & jadikan awak kawan.

kenarihitam Publish time 8-12-2022 10:21 PM

Jangan berhenti belajar.Adik jumpa dengan penasihat akademik dan penyelaras program di fakulti,ceritakan masalah yang adik hadapi.Mohon tukar kelas lain.Insya Allah akan dipertimbangkan oleh pihak fakulti.

lyza2474 Publish time 13-12-2022 10:16 AM

Kalau boleh jgn berenti sayang .... Anak akak aritu pun mcm tu tp Alhamdulillah dah okey skrg ... Doa bnyk2 mintak Allah permudahkaan , cerita kat mak ayah share dgn dia org .. mintak dia org doakan

rospinki Publish time 13-12-2022 10:20 AM

dia pulau kau? kau pulaukan dia balik apa susah.
yg penting fokus
eh asik nk pikir apa org pikir org judmental ni makin menjadi2 ye
aku trgt kat sesorg suka judgementol org tapi bila ku telek2 diri punya badan ye Rabbi berpinau mata tgk filter tk igt passtu baju sama je asik ulang. muka? tahap bibik kt taiwan:lol:

take caring pahrmacy.

yowa2 Publish time 22-12-2022 02:24 PM

setuju pendapat forumer lain.
1. adukah masalah dengan lecturer. tak perlu tanggung sendirian.
2. teruskan belajar, kecuali memang sebenarnya tak mnat course itu.

dunia pekerjaan sangat susah.

ugly_duckling Publish time 24-12-2022 12:41 AM

Tujuan utama kita pegi sambung belajar ialah untuk belajar.

Dapat kawan tu, bonus.

Konsepnya macam kat tempat kerja. You are there to study/work. Do whatever you need to get things done. You are not there to make friends. Abis belajar or abis waktu keje, balik. Tutup buku.

Like i said, dapat buat kawan tu bonus.

lattehazelnut Publish time 24-12-2022 02:55 PM

Org xkan pulaukan sbb xde sebab..
Sblm ni ntah2 kau xbuat kje or ade lah buat org sakit hati..

xtinkerbellx Publish time 26-12-2022 03:31 PM

Kenapa kena pulau? Sebab ko pendiam ke. Kalo pendiam abaikan dieorang. Tapi kalo sebab perangai ko ubah2lah.
Ujian masa keje, masa dah berumah tangga nanti lagi berat dari ni dik. Ini small matter je. Ko bolayan je la. Berapa tahun je pon.

bellaa Publish time 27-12-2022 12:07 PM

cuba slow talk dgn management,
cakap nak drop 1 sem pastu join junior batch

subjek yg adek drop tu, carry foward ke end of semester before/after practical tu.

theotherfriend Publish time 2-1-2023 04:40 PM

mula-mula cari sebab kenapa kena pulau. Kalau salah tt, perbaiki diri, tunjukkan tt betul2 berubah. Kalau salah orang lain, report je dan JANGAN include him/her in your circle.

Berhenti study kalau tt memang lahir dalam sudu emas, harta mak ayah 7 keturunan tak habis makan. Ahhgitewww

mojarean_X Publish time 22-4-2023 02:25 AM

Chuols minta cuti sem lps tu x yah jumpa dorang lg. Iols pernah wat dulu tp sbb masalah dgn best friend iols. Tp kalo lah boleh putar masa dan iols versi skrg kembali semula mmg nahaslah best friend iols tu iolsattack. Tp zaman belajar kita semua naif dan mudah diperalat

VanKing1 Publish time 2-5-2023 06:04 AM

It's understandable to feel stressed and isolated when facing difficulties in school, but giving up should not be the first option.

Lenny_Lau Publish time 2-5-2023 06:05 AM

Waalaikumussalam, sedih dengar masalah yang awak hadapi. Jangan putus asa ya, belajar tu penting. Mungkin awak boleh cuba cari kawan di luar kelas atau teruskan usaha untuk berkumpulan dengan rakan sekelas yang lain.

VanKing1 Publish time 2-5-2023 06:05 AM

Dropping out of school may provide temporary relief, but it could have long-term consequences on career prospects and personal development.

Lenny_Lau Publish time 2-5-2023 06:07 AM

Tetapi, jangan stress terlalu banyak dan ingat untuk jaga kesihatan mental dan fizikal.
Sebagai alternatif, awak boleh mencuba program affiliate seperti BK8 untuk mencari pendapatan sampingan. Tetapi, pastikan awak dapatkan maklumat yang mencukupi sebelum memulakan program tersebut.

ninja boy Publish time 6-5-2023 09:53 PM

Kau kerja nnt pun sorang2, jawatan dlm company pun x sama kena hadap sorng2, mati pun sorang2,

elaisyah Publish time 7-5-2023 01:11 PM

jangan, bertahan sikit je


semoga kau diberikan kekuatan

xpun ambil cuti khas , kalau boleh la
Pages: [1] 2
View full version: Patutkah berhenti belajar kerana dipulau rakan sekelas


ADVERTISEMENT