Highflyer19 Publish time 28-11-2022 11:44 PM

Kereta lama milik Anwar Ibrahim tular



PETALING JAYA – Sebuah kereta lama milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi tular di media sosial terutamanya Facebook apabila dua keping gambar menyaksikan figura itu memandu bersama isterinya dikongsi orang ramai.

Kereta jenama Volkswagen Beetle berwarna hijau gelap itu dikatakan milik Perdana Menteri yang sudah lama disimpan, namun masih berada dalam keadaan baik.

Kereta yang dipercayai dikeluarkan sekitar tahun 1960-an itu dikatakan salah satu koleksi Perdana Menteri dan merupakan antara kereta yang paling digemari beliau.

Menerusi perkongsian di Facebook Kereta Sebelum Tahun 2000, menyaksikan dua keping gambar yang diambil melalu foto Amirul Ihsan menunjukkan Anwar bersama isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kereta tersebut untuk bersiar-siar.

Rata-rata pengguna media sosial turut memuji Perdana Menteri Ke-10 itu kerana pandai menjaga kereta klasik walaupun sudah lama, namun kelihatan masih tegap dan baharu.

“Perdana Menteri pun masih simpan lagi kereta klasik dia, masih nampak baharu. Suka tengok kemesraaan pasangan pemimpin kita ni,” kata Zaidah Jaafar.

“Orang kalau dah sayang kereta ni dia punya jaga bukan biasa-biasa. Katanya kereta ini Datuk Seri masih simpan dan masih juga digunakan sehingga sekarang.

“Perdana Menteri juga rupanya suka dengan kereta klasik, tahniah Datuk Seri, semoga memerintah Malaysia dengan berjaya hendaknya,” kata Hisham Muda. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2022/11/28/kereta-lama-milik-anwar-ibrahim-tular/

edayildiz Publish time 29-11-2022 12:07 AM

lama xnmpak keta jenis ni kt jln..
nama mnja keta kura kura jer kot kn..

hyie Publish time 29-11-2022 04:35 PM

dulu masa kekecik, pakcik kitorang ada kete ni, kitorang panggil kete kodok

afie_m Publish time 29-11-2022 04:39 PM

hyie replied at 29-11-2022 04:35 PM
dulu masa kekecik, pakcik kitorang ada kete ni, kitorang panggil kete kodok

sama..jiran punya minat dia beli kereta ni..kereta kodok..

SonicSiLandak Publish time 29-11-2022 05:29 PM

masya Allah

zuhudnya

:$:'(

sharlenetexas Publish time 29-11-2022 05:30 PM

Pakai selipar bata?

Travelo Publish time 29-11-2022 06:01 PM

dulu masa kecik, aku panggil kereta ni kereta katak

lazim Publish time 29-11-2022 10:18 PM

Haha.. Setakat ni x nmpk kj gebang zuhud je lebih.. Oh ada dh report polis hadi awang:lol:

Orix Publish time 29-11-2022 10:38 PM

lazim replied at 29-11-2022 10:18 PM
Haha.. Setakat ni x nmpk kj gebang zuhud je lebih.. Oh ada dh report polis hadi awang

kannnnnnnnnnnnn...................... iols mcm mehhhhhhhhhhhhhhhhhhh.............

Decaffeinated Publish time 29-11-2022 11:33 PM

Pernah ada kawan prank sekuriti bila kena suruh buka boot untuk check barang. Buka tengok ada enjin :lol:

Pages: [1]
View full version: Kereta lama milik Anwar Ibrahim tular


ADVERTISEMENT