Raline Publish time 28-11-2022 11:03 PM

Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/van-flip.jpg
Satu rakaman video menunjukkan sebuah van terbalik selepas ia dilanggar sebuah lori berhampiran Bolton pada Mei lalu. - Instagram/AccidentStop35

Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial

LONDON – Satu rakaman video yang mengejutkan menunjukkan sebuah van berpusing di hadapan sebuah lori dan merempuh tiang lampu sebelum terbalik dekat Bolton, Manchester, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pada mulanya, van tersebut memotong sebuah van lain dan lori terbabit di sebatang jalan raya.

Namun, ia tiba-tiba membuat belokan ke kiri menyebabkan bahagian depan kenderaan tersebut melanggar lori itu.

Lori itu kemudian melanggar van tersebut yang kemudian terbalik selepas ia merempuh tiang lampu.

Rakaman video itu dikongsi di media sosial pada bulan lalu walaupun kemalangan tersebut berlaku pada Mei lepas tetapi ia mencetuskan kritikan tentang kemahiran memandu di negara tersebut.

Seorang pengguna mengulas di media sosial dengan berkata: “Ia mesti menjadi gerakan terburuk yang pernah berlaku.”

Seorang lagi pengguna media sosial menulis: “Saya tidak tahu bagaimana dia fikir dia akan melakukannya (kemalangan itu).” – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/28/kemalangan-pelik-cetus-kritikan-di-media-sosial/

Pages: [1]
View full version: Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial


ADVERTISEMENT