Raline Publish time 28-11-2022 11:02 PM

Penduduk AS dinasihat jangan makan tiram Korea Selatan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Tiram-AS.webp
Penduduk AS disaran tidak makan tiram dari Korea Selatan setelah 10 orang jatuh sakit kerana keracunan makanan baru-baru ini. - AFP

Penduduk AS dinasihat jangan makan tiram Korea Selatan

NEW YORK – Penduduk Amerika Syarikat (AS) diberitahu untuk mengelak memakan tiram mentah tertentu dari Korea Selatan selepas 10 orang jatuh sakit kerana keracunan makanan, lapor Daily Mail.

Seorang individu di Las Vegas yang mengalami muntah dan cirit-birit setelah diuji positif untuk penyakit sapovirus, manakala sembilan lagi disyaki dijangkiti virus tersebut.

Semua mereka telah makan di restoran sama di Las Vegas tetapi nama masing-masing tidak didedahkan. Mereka makan tiram yang diimport dari Korea Selatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) yang dan meminta penduduk di 13 buah negeri di AS supaya tidak memakan tiram mentah tersebut.

Negeri-negeri yang terjejas adalah di selatan dan timur AS termasuk Alabama, California, Florida, Georgia, Maryland, New York, New Jersey, Carolina Utara, Pennsylvania, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia.

Pada kebiasaannya, gejala keracunan makanan akan berlaku dalam masa 48 jam selepas tiram dimakan dengan pesakit mengalami sakit perut dan loya.

Namun, pakar-pakarperubatan berkata, keracunan makanan yang berlaku jarang membawa maut dengan simptomakan hilang dalam masa satu hingga empat hari. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/11/28/penduduk-as-dinasihat-jangan-makan-tiram-korea-selatan/

edayildiz Publish time 28-11-2022 11:12 PM

tak knl tiram..oyster tau la :shutup:

i tak blh telan la spesis kerangsemua ni..sdp sgt ke..

Mooverine Publish time 29-11-2022 11:18 AM

silap2 restoran tu yg tak simpan tiram tu elok-elok..

supernaturalee Publish time 29-11-2022 11:21 AM

aphrodisiac


Pages: [1]
View full version: Penduduk AS dinasihat jangan makan tiram Korea Selatan


ADVERTISEMENT