Friska Publish time 28-11-2022 06:08 PM

11.6 Juta Data Pengguna WhatsApp Malaysia Didakwa Sedia Dijual

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/11/21231E2C-62B4-40A3-933A-CBCB36CB7ECE.jpeg

11.6 Juta Data Pengguna WhatsApp Malaysia Didakwa Sedia Dijual
November 28, 2022 - 10:32 AM

Kita baru sahaja dikejutkan dengan laporan kebocoran data pengguna di AirAsia. Kini sudah timbul pula dakwaan terbaharu berkenaan data pengguna WhatsApp rakyat Malaysia sedia dijual.

Menerusi sebuah forum terkemuka dikalangan penggodam, kini dilihat sekitar 500 juta rekod WhatsApp dijual. Malah, dikatakan sebagai pengkalan data terkini melibatkan lebih 80 buah negara termasuklah Malaysia.

https://www.thevocket.com/app/uploads/2022/11/B1F74525-0300-4AC7-BBAE-D001B9945CF7-1050x1395.png

Mengikut angka yang dikongsikan, sekitar 11.6 juta data pengguna dari Malaysia didakwa turut dijual. Di samping itu, Malaysia kini berada di dalam senarai 20 negara teratas dengan angka data pengguna WhatsApp yang tinggi untuk dijual.

Masih belum diketahui bagaimana data-data ini berjaya dihimpunkan namun didakwa penggodam menawarkan data melibatkan pengguna aktif platform tersebut. Buat masa ini, pihak Meta belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan kebocoran data kali ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan berwaspada dengan sebarang mesej yang diterima menerusi WhatsApp lebih-lebih lagi daripada yang tidak dikenali.

https://www.thevocket.com/11-6-juta-data-pengguna-whatsapp-malaysia-didakwa-sedia-dijual/

Friska Publish time 28-11-2022 06:11 PM



Friska Publish time 28-11-2022 07:46 PM

Aduh gimana ceritanya ini?

Supersirap Publish time 28-11-2022 08:28 PM

Semoga kita semua dilindungi daripada apa-apa insiden ini

mojarean_X Publish time 28-11-2022 08:31 PM

Iols tukar nombor selang bbrp tahun sekali. Jd kuranglah gangguan scammer

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 08:34 PM

data indon cam kau mana ada nilai friska

kan @CiliPadiSedap khueeeeeeeeeeeenzst???

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

{:1_563:}{:1_559:}

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 08:36 PM

https://i.ytimg.com/vi/gZSazef7XJs/maxresdefault.jpg

Friska Publish time 28-11-2022 09:49 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/user_1669642546.jpg
SET data yang dijual di platform antarabangsa. FOTO Ihsan pembaca.

Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa - MCCA
November 28, 2022 @ 9:35pm

Kuala Lumpur: Lebih 500 juta data pengguna platform WhatsApp terdedah termasuk 11.6 juta daripadanya adalah data pengguna di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, data berkenaan dijual di sebuah forum penggodaman antarabangsa dengan nilai antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi setiap set data.

"Ia merangkumi pengguna di 84 buah negara termasuk di negara ini di samping pengguna di Amerika Syarikat (AS) berjumlah 32 juta serta beberapa negara lain.

"Data pengguna berkenaan selalunya digunakan untuk taktik pancingan data pengguna atau 'Phishing' supaya penggodam dapat lebih banyak maklumat pengguna.

Menurutnya, pengguna untuk platform WhatsApp berkenaan berjumlah lebih dua bilion di seluruh dunia dan pengguna aktif sekali gus insiden kebocoran data berkenaan menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan sistem pelayan mesej popular itu.

"Ini adalah salah satu bentuk pancingan data (Phishing) dan pengguna perlu sentiasa peka supaya tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak dikenali menyamar sebagai kenalan kita.

"Peranan pengguna sangat penting dalam mendepani ancaman siber ini supaya tidak mudah menjadi mangsa dan tidak mengharapkan 100 peratus kepada pihak berkuasa semata-mata," katanya.

Bagaimanapun, penjual data berkenaan tidak menjelaskan bagaimana set data itu diperoleh namun hanya memaklumkan bahawa ia adalah strategi tertentu yang digunakan untuk memperoleh data berkenaan.

Sehingga kini, platform berkenaan masih tidak memberi maklum balas berhubung insiden terbabit.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909285/data-pengguna-whatsapp-malaysia-dijual-di-platform-antarabangsa-mcca

Pages: [1]
View full version: 11.6 Juta Data Pengguna WhatsApp Malaysia Didakwa Sedia Dijual


ADVERTISEMENT