mattzzx Publish time 28-11-2022 05:07 PM

Pusat hiburan diserbu polis, 6 GRO ditahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/serbu_1669625816.jpg
ENAM GRO warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan semalam. FOTO Ihsan PDRM.

Kuala Lumpur: Polis menyerbu sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Taman Usahawan Kepong, di sini, dan menahan enam wanita warga asing bekerja sebagai pelayan pelanggan wanita (GRO) serta penjaga premis lelaki semalam.

Operasi bermula jam 11.15 malam itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil dari serbuan yang dijalankan pihak polis menahan seramai tujuh individu yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 28 tahun dan enam wanita warga asing bekerja sebagai GRO di premis terbabit.


Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat hiburan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas peralatan-peralatan audio yang digunakan bagi tujuan hiburan dan sekeping resit perniagaan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan yang sah, Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggajikan warga asing tanpa permit yang sahdan Seksyen 39b Peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahgunakan pas lawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909211/pusat-hiburan-diserbu-polis-6-gro-ditahan
Pages: [1]
View full version: Pusat hiburan diserbu polis, 6 GRO ditahan


ADVERTISEMENT