EJALTI Publish time 28-11-2022 04:43 PM

Warganet dakwa lambakan rupanya telur lama

Warganet dakwa lambakan rupanya telur lama

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/warganet-dakwa-lambakan-rupanya-telur-lama/

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
28 November 2022, 4:41 pm

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/ppg-telur-sukAr.jpeg

PETALING JAYA: Warganet mendakwa lambakan telur ayam yang berlaku baru-baru ini kebanyakannya telur lama seperti disimpan dalam jangka masa yang lama.

Menerusi hantaran di Facebook, netizen yang menggunakan nama Zikrullah Ismail mendakwa, ia berikutan isterinya mengadu hanya beberapa biji telur yang kelihatan baharu dalam satu papan telur dibeli.

Sehubungan itu, dia menyarankan orang ramai tidak membeli telur tersebut dalam kuantiti yang banyak sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang menyorok bahan tersebut.

“Isteri saya mengadu dalam sepapan telur yang dibeli hanya beberapa biji sahaja nampak telur yang baharu. Selebihnya telur lama. Begitulah rosaknya apabila kuasa pasaran dikuasai oleh kelompok manusia yang tak bertanggungjawab begini.

“Saya rasa agak kembang tekak sebenarnya, apabila terpaksa telan telur lama ini. Tetapi,apakan daya permainan politik kartel telur begitu sahaja mudah mempermainkan pengguna seperti kita semua . Semua terkena tak kira bangsa.

“Boleh nampak tak permainan kartel itu benar tuan-tuan. Saya tak pasti kalau ada pakatan politik. Tuhan dan perancang kejahatan sahaja yang tahu benda ini,” kongsinya.

Pada masa sama, Zikrullah juga meminta, pengguna juga mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada tribunal pengguna.

“Pengguna perlu bijak. Mohon simpan resit dan kembalikan telur yang nampak majoriti buruk tu. Buat laporan pada tribunal pengguna. Kita perlu bertindak. Ini benda benar, bukan rekaan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju lambakan bahan itu kebanyakannya terdiri daripada telur yang sudah busuk.

Maya Iris berpandangan, mereka yang menyimpan stok itu mahu rakyat menyalahkan kerajaan yang hendak dijatuhkan, kemudian kerajaan baharu pula mendapat pujian apabila berlaku lambakan.

“Apa mereka ingat rakyat bodoh tak nampak itu bukan satu kebetulan?,” soalnya.

Latif Ali pula meminta, orang ramai tidak membeli telur itu dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini supaya ia rosak dalam simpanan kartel.

Terdahulu, kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawasan di seluruh negara.

Isu itu menjadi tumpuan orang ramai berikutan ia dikaitkan dengan kartel yang memonopoli bahan bekalan berkenaan. – UTUSAN

sharlenetexas Publish time 28-11-2022 04:46 PM

Telur tembelang?

Goodluckdontcry Publish time 28-11-2022 04:53 PM

Telur itik??
Telur dinosaur??
Telur merah org kawin??
Telur kicap??
Telur ahli2 politaik sptnuat, zahidmidi,najib etc ada telur??:lol:;P

Mcm2 telur ada..pilihan ditgn anda..:lol:;P

jalfa Publish time 28-11-2022 04:57 PM

Aku hari tu ada beli telur ayam kampung dr pasaraya sebab telur ayam biasa x de.daripada 10 bijik..3 bijik x elok....tobat x nak beli dah

Nurdianah Publish time 28-11-2022 05:30 PM

Bukti mana?

:lol:


SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 05:33 PM

lava dulu selalu sebut

tarak tulurrrrrrrrrrr

mana kau menghilang lava..

hahahahahaha

:'(:loveliness::(:lol:

Perwira2022 Publish time 28-11-2022 05:39 PM

Taktik keji kartel PH... Sanggup sorok telur untuk rosakkan imej Kerajaan BN demi meraih undi.

kasibiman Publish time 28-11-2022 06:11 PM

Gomen patut bukak siasatan atas perkara ini.

1. Kenapa tiada telur.

2. Kenapa tiba2 Ada tapi produk pulak banyak tak elok

sepiITUindah Publish time 28-11-2022 06:12 PM

telur muyidin ker telur ismail sabri

shernazz Publish time 28-11-2022 06:17 PM

Kat hero ada je
Tapi nasib2 la sebab tak banyak
Dan semua.mmg telur baru
Ni mesti kat pemborong mana mana sekat telur
Then baru nak kuarkan skang takut telur dah rosak..
Rupanya.mmg banyak.rosak campur2 dgn yg baru

Kitty_catz Publish time 28-11-2022 07:36 PM

ntah le.. tpt meols 3 weeks ago je , satu weekend tu telur terputus, lepas tu ada balik

rega sama je. takde yg rosak

ni korang beli kat mana?

CiliPadiSedap Publish time 28-11-2022 08:13 PM

Kitty_catz replied at 28-11-2022 07:36 PM
ntah le.. tpt meols 3 weeks ago je , satu weekend tu telur terputus, lepas tu ada balik

rega sama j ...

:lol:ikut tempat kut.

Supersirap Publish time 28-11-2022 08:27 PM

Kena semak tarikh luput apabila nak beli telur

CikYaYaYa Publish time 28-11-2022 08:30 PM

Pandaii ayam2 kat Malaysia niee. abiss jer PRU teruss koo pakat bertelor ramai2 yaa :lol:

sharlenetexas Publish time 28-11-2022 09:03 PM

Jual murah2 buat baja.


Azharitubunga Publish time 28-11-2022 09:07 PM

sharlenetexas replied at 28-11-2022 04:46 PM
Telur tembelang?

Tembelang pecah:lol:

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 09:12 PM

https://i0.wp.com/malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/10/macai.jpg?fit=960%2C408&ssl=1

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 09:15 PM

QtM8fMTtHiY

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 09:17 PM

zg3jv5bg65I

a-BH2-41pPE

leena1234 Publish time 28-11-2022 11:04 PM

:I:I:I:I:I:I:I:I:I:I bluekkkk
Pages: [1] 2
View full version: Warganet dakwa lambakan rupanya telur lama


ADVERTISEMENT