mattzzx Publish time 28-11-2022 04:42 PM

KPDNHEP tak terima aduan telur dijual harga melampau

https://assets.bharian.com.my/images/articles/24hm13ztelor3_1669624254.jpg
Foto hiasan. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menerima sebarang laporan berkaitan penjualan telur ayam didakwa mencecah RM17 sepapan seperti dilaporkan media.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata sekiranya terdapat peniaga menjual telur ayam gred kawalan melebihi harga yang sepatutnya, aduan boleh dibuat kepada pihaknya bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Kita mengawal harga bagi telur ayam gred A, B dan C, masing-masing dijual dengan harga 45 sen sebiji, 43 sen dan 41 sen, manakala harga bagi telur ayam jenis istimewa atau Omega, ia bukan di bawah kawalan.

"Setakat ini, tiada laporan yang diterima berhubung isu penjualan telur ayam RM17 sepapan. Jika ada aduan, kita akan menyiasat seperti biasa," katanya kepada BH, hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan bekalan telur ayam di beberapa negeri kembali stabil, namun harganya meningkat sehingga RM17 sepapan bagi telur ayam gred A.

Malah kenaikan harga telur ayam itu juga didakwa berpunca daripada pembekal yang mengenakan caj tambahan, iaitu dua sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualannya dinaikkan untuk semua jenis gred.

Azman berkata, dari segi penguatkuasaan terhadap harga telur ayam sejak 5 Februari lalu sehingga semalam, sebanyak 153 kes peniaga menjual telur ayam melebihi harga maksimum sudah diambil tindakan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1032656/kpdnhep-tak-terima-aduan-telur-dijual-harga-melampau
Pages: [1]
View full version: KPDNHEP tak terima aduan telur dijual harga melampau


ADVERTISEMENT