mattzzx Publish time 28-11-2022 04:40 PM

4 ejen bookie pertaruhan Piala Dunia ditahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fdsgs323_1669624515.jpg
ANTARA Wang tunai dan empat telefon bimbit yang mengandungi catitan disyaki pertaruhan dirampas polis dalam Op Soga IX. FOTO IHSAN POLIS

Johor Bahru: Empat ejen bookie pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022 ditahan polis di sekitar kawasan Seri Alam di sini, antara 22 November lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 57 tahun ditahan hasil pelaksanaan Op Soga IX.

"Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama pakar judi itu diadakan di empat serbuan di Johor Jaya dan Ulu Tiram di sini.


"Ketika ditahan kita dapati had nilai kredit keseluruhan berjumlah RM75,000," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, wang tunai RM5,975 dan empat telefon bimbit yang mengandungi catitan disyaki pertaruhan dirampas.

"Semua suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953," katanya.

Beliau berkata, operasi khas itu dijalankan bagi membanteras gejala pertaruhan dan perjudian yang membabitkan Piala Dunia Qatar 2022.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909199/4-ejen-bookie-pertaruhan-piala-dunia-ditahan
Pages: [1]
View full version: 4 ejen bookie pertaruhan Piala Dunia ditahan


ADVERTISEMENT