mattzzx Publish time 28-11-2022 04:05 PM

Lawatan Sultan Hassanal Bolkiah kukuh hubungan Malaysia-Brunei

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SULTAN_HASSANAL_BOLKghfvbbnIAH_1669621773.jpg
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (dua, kiri) berkenan mengaminkan bacaan doa ketika mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) di Seri Perdana semasa lawatan khas baginda ke Malaysia hari ini. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah, hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei Darussalam.

Sultan Hassanal Bolkiah yang berkenan memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakanda Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Anwar dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang, tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana, di sini, pada 12.25 tengah hari.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia hari ini untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei Darussalam di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.

Ini adalah pertemuan julung kali antara baginda dan Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.


Sebelum majlis bermula, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam Ustaz Awang Abdul Aziz Juned memimpin bacaan doa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Selepas itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda 'Abdul Mateen serta delegasi Brunei diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Anwar dan Sultan Brunei meluangkan masa hampir sejam dalam pertemuan itu.

Pemimpin kedua-dua negara itu kemudian bertukar cendera kenangan sebelum mengakhiri pertemuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909171/lawatan-sultan-hassanal-bolkiah-kukuh-hubungan-malaysia-brunei
Pages: [1]
View full version: Lawatan Sultan Hassanal Bolkiah kukuh hubungan Malaysia-Brunei


ADVERTISEMENT