CARI-MAL Publish time 28-11-2022 03:51 PM

Seronok Anwar, Sultan Brunei Pandu Sendiri Bawa 'Jalan-jalan'

Kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia pada kali ini mencipta sedikit kelainan apabila baginda berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sultan Hassanal yang ditemani anakanda baginda, Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah yang berkunjung ke negara ini sempena lawatan khas, pada Isnin, memandu kereta jenis BMW ke Seri Perdana, Putrajaya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/28/155108nmelagtmz1rz1rm9.jpgmStar




Perjalanan kedua-dua pemimpin itu ke Putrajaya dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, yang jaraknya kira-kira 41 kilometer, diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.


Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media, sebelum memulakan perjalanan kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.


Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202211/28/155120dzp84iveiz8ojv4p.jpgmStar




Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.




Sumber: mStar






Tekan di sini untuk tebus pelbagai produk menarik menggunakan kredit anda di CARI REWARD DAY!

edayildiz Publish time 28-11-2022 04:08 PM

untong la yg kt blkg tu

nurshima Publish time 28-11-2022 06:00 PM

Indirectly, the sultan want to show that they are best friendoutside formality time,shows that he support him.

Punat_button Publish time 28-11-2022 06:05 PM

lesen brunei boleh pakai kat Malaysia ka sis?

budakshinchan Publish time 28-11-2022 06:11 PM

masa Najib jd PM ada? Yiddin? Mail?

reddots Publish time 28-11-2022 06:13 PM

Punat_button replied at 28-11-2022 06:05 PM
lesen brunei boleh pakai kat Malaysia ka sis?

Haiyyooo sis tak tau ke, lesen malaysia pun valid kat brunei.. plus SB tak perlukan lesen memandu ler.. dah plate lesen keta pun x dak..;P

reddots Publish time 28-11-2022 06:15 PM

Edited by reddots at 28-11-2022 06:19 PM

budakshinchan replied at 28-11-2022 06:11 PM
masa Najib jd PM ada? Yiddin? Mail?

Masa PM8, SB terus fly jumpaTun M.. guna lesen pilot terus:lol:. Tak yah pikir driving lesen valid ke tak:lol:

becir Publish time 28-11-2022 06:22 PM

Sure orang tua tu mahir jalan kat kl ni kan..

:lol:

Punat_button Publish time 28-11-2022 06:24 PM

reddots replied at 28-11-2022 06:13 PM
Haiyyooo sis tak tau ke, lesen malaysia pun valid kat brunei.. plus SB tak perlukan lesen memandu...

sebab tu tanya :'(


Punat_button Publish time 28-11-2022 06:26 PM

becir replied at 28-11-2022 06:22 PM
Sure orang tua tu mahir jalan kat kl ni kan..

ke tepi ke tepi kata polis trafik sis, kalau masuk sawah juga tak taulah

3480 Publish time 28-11-2022 06:32 PM

SB ni klu urusan rasmi mmg akan bawak mateen tu je ka?

Ka aku yg x ambik tau

ina_na Publish time 28-11-2022 06:37 PM

reddots replied at 28-11-2022 06:15 PM
Masa PM8, SB terus fly jumpaTun M.. guna lesen pilot terus. Tak yah pikir driving lesen val ...

Bff tu ooo..siap atok drive kete lg ms tu... Ape la yg dibincangkan tu..

tikusmontok Publish time 28-11-2022 07:00 PM

budakshinchan replied at 28-11-2022 06:11 PM
masa Najib jd PM ada? Yiddin? Mail?

Sooo ko dah sujud sokor blom?

sharlenetexas Publish time 28-11-2022 07:09 PM

Punat_button replied at 28-11-2022 06:05 PM
lesen brunei boleh pakai kat Malaysia ka sis?

Lesen international.


sharlenetexas Publish time 28-11-2022 07:10 PM

Anak2 azrinaz ada datang tak?


pasa Publish time 28-11-2022 07:18 PM

Mercedes S600 tak boleh tapi kalau Guna BMW ok

reddots Publish time 28-11-2022 07:39 PM

sharlenetexas replied at 28-11-2022 07:10 PM
Anak2 azrinaz ada datang tak?

Gi sekolah sis..

sicvitaest Publish time 28-11-2022 07:46 PM

nurshima replied at 28-11-2022 06:00 PM
Indirectly, the sultan want to show that they are best friendoutside formality time,shows that h ...

His Majestty was the first foreign ruler who visited Tun M as soon after Tun M sworn in as the 7th PM. Was that a show of support?
Sultan Ibrahim of Johore welcomed Tun M by driving him from Senai Airport to Istana Bkt Serene in an old Proton Saga that was presented by Tun to late Sultan Iskandar. Was that a show of support?

pu3_rania Publish time 28-11-2022 07:54 PM

Sebelum ni pada tahun 2018 Sultan Brunei pernah memandu sendiri Mercedes Benz hitam untuk berjumpa dengan Tun Det di Putrajaya so kiranya ini bukanlah pertama kali dia memandu sendiri di Malaysia cuma beza kali ni dia bawa sekali si Anwar ni

pu3_rania Publish time 28-11-2022 07:55 PM

Punat_button replied at 28-11-2022 06:05 PM
lesen brunei boleh pakai kat Malaysia ka sis?

Sultan Brunei ni ada IDP (International Driving Permit)
Pages: [1] 2 3
View full version: Seronok Anwar, Sultan Brunei Pandu Sendiri Bawa 'Jalan-jalan'


ADVERTISEMENT