mattzzx Publish time 28-11-2022 03:50 PM

Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babit kereta dan dua lori

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mautkedua_1669618640.jpg
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan di KM179.3 PLUS, pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Jasin: Seorang maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jasin menghala ke Plaza Tol Tangkak, Johor, pagi tadi.

Ia nahas kedua di kilometer sama namun membabitkan arah berbeza yang mana kira-kira lima jam sebelum itu berlaku nahas bas ekspres dengan treler menyebabkan 16 penumpang cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Mohd Iskandar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 9.35 pagi.


Katanya, sejurus tiba di lokasi pada jam 9.57 pagi didapati kemalangan membabitkan kereta Mercedes dinaiki empat lelaki dengan lori tiga dan satu tan.

"Seorang mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Dua lagi mangsa parah dan dihantar ke Hospital Tangkak menaiki ambulans APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa berusia 37 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, seramai sembilan anggota dari BBP Jasin Bestari termasuk tiga anggota EMRS terbabit operasi menyelamat yang selesai jam 11.39 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909152/seorang-maut-dua-parah-dalam-kemalangan-babit-kereta-dan-dua-lori
Pages: [1]
View full version: Seorang maut, dua parah dalam kemalangan babit kereta dan dua lori


ADVERTISEMENT