mattzzx Publish time 28-11-2022 12:07 PM

Tolak guna Mercedes S600, Anwar guna apa sahaja kenderaan untuk jimat 

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/UTU_PM29709.jpg
ANWAR IBRAHIM



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

Kata beliau, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat untuk dirinya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya dalam Facebook lewat malam tadi.

Sebelum ini, Anwar ketika sidang akhbar Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin, Kajang mengingatkan semua anggota Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, terutama untuk kerja baik pulih pejabat masing-masing.

Perdana Menteri berkata, anggota Kabinetnya juga diingatkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau yang mengumumkan tidak akan mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri, antara lain menasihati bakal anggota Kabinet supaya sentiasa berjimat dengan lebihan peruntukan itu perlu dipulangkan kepada golongan susah. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/tolak-guna-mercedes-s600-anwar-guna-apa-sahaja-kenderaan/
Pages: [1]
View full version: Tolak guna Mercedes S600, Anwar guna apa sahaja kenderaan untuk jimat 


ADVERTISEMENT