Friska Publish time 28-11-2022 11:39 AM

Nasi Ambeng diisytihar Makanan Warisan Selangor

Edited by Friska at 28-11-2022 11:40 AM

https://img.astroawani.com/2022-11/51669518259_nasiambengselangor.jpg
Bagi ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor, ia perlulah mengandungi nasi putih, ayam masak semur, mi goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng dan rempeyek. - Astro AWANI/Hafizi Rosli

Nasi Ambeng diisytihar Makanan Warisan Selangor
Hafizi Rosli
November 27, 2022 11:00 MYT

SEPANG: Nasi Ambeng kini diisytiharkan dan diwartakan sebagai Makanan Warisan Negeri Selangor.

Tujuan pewartaan berkenaan adalah bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor.

Pengisytiharan makanan warisan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang ingin memartabatkan dan memastikan kelestarian nasi ambeng sebagai salah satu makanan warisan yang terdapat di Selangor.

https://img.astroawani.com/2022-11/41669510621_freesize.jpg
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengisytiharkan Nasi Ambeng sebagai Makanan Warisan Selangor secara maya di Sepang - Foto/AstroAWANI/HafiziRosli

“Proses bagi pewartaan nasi ambeng telah bermula semenjak tahun 2021 dan dimulakan dengan kajian sumber bertulis dan kajian lapangan, kemudian disusuli dengan Bengkel Meja Bulat yang dihadiri oleh para pengusaha nasi ambeng dari lima daerah yang popular dengan hidangan ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Hasil daripada perbincangan tersebut telah memberikan satu kata putus bagi menghasilkan ciri-ciri Nasi Ambeng Selangor yang kemudian diwartakan sebagai Makanan Warisan Selangor,” jelas Amirudin ketika mengisytiharkan secara maya Nasi Ambeng sebagai makanan warisan Selangor di Sepang pada Sabtu malam.

https://img.astroawani.com/2022-11/71669510608_freesize.jpg
Proses penyediaan Nasi Ambeng yang kebiasannya dihidangkan di dalam talam - Foto/AstroAWANI/HafiziRosli

Nasi Ambeng adalah makanan tradisional masyarakat Jawa yang kebiasaannya dihidangkan ketika kenduri seperti tahlil dan doa selamat.

Isinya terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan bersama dengan lauk seperti ayam, sambal goreng Jawa, serunding kelapa dan mi goreng.

Juadah ini dihidangkan di dalam talam dan dikongsikan bersama-sama empat hingga enam orang tetamu.

https://img.astroawani.com/2022-11/61669510637_freesize.jpg
Ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor, ia perlulah mengandungi nasi putih, ayam masak semur, mi goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng dan rempeyek - Foto/AstroAWANI/HafiziRosli

Mengikut tradisi masyarakat Jawa, ketua keluarga yang menghadiri majlis tersebut akan menjamah sedikit nasi berkenaan sebelum ia dibahagikan dan dibawa pulang sebagai berkat kepada ahli keluarga di rumah.

Keunikan cara nasi ambeng dihidangkan ini menjadikannya menu tradisi yang bukan hanya enak malah mempunyai nilai falsafah yang tersendiri seperti kesepakatan dan perpaduan antara ahli masyarakat.

Bagi ciri-ciri Nasi Ambeng Tradisional Selangor, ia perlulah mengandungi nasi putih, ayam masak semur, mi goreng, ikan masin, serunding kelapa, sambal goreng dan rempeyek.

https://img.astroawani.com/2022-11/61669510643_freesize.jpg
Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 akan berlangsung hari ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang - Foto/AstroAWANI

Susulan pengisytiharan berkenaan, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS) menganjurkan Fiesta Nasi Ambeng Tradisional Selangor 2022 hari ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Ia merupakan suatu program kebudayaan dan kemasyarakatan bagi mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan nasi ambeng sebagai juadah tradisional daripada sudut budaya serta identiti bangsa di Selangor.

Sebanyak 2,022 dulang Nasi Ambeng dihidangkan secara percuma, sekali gus mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai hidangan nasi ambeng terbesar di Malaysia.

https://www.astroawani.com/gaya- ... san-selangor-393898

Friska Publish time 28-11-2022 11:42 AM


Friska Publish time 28-11-2022 11:45 AM

Nasi ambeng
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Nasi ambeng adalah hidangan khas Jawa yang merupakan nasi putih yang diletakkan di atas tampah dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk terdiri daripada perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam.

Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai tanda kesyukuran. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki.

Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang. Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng. Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi ambeng jualan utuk porsi individu dan bukan untuk dimakan beramai-ramai. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama. Nasi ambeng jualan adalah porsi individu dengan pelbagai lauk.

https://id.wikipedia.org/wiki/Nasi_ambeng

ira_229 Publish time 28-11-2022 11:47 AM

biar benar...ni kan makanan orang jawo...marah nanti orang jowo...;P

lanacondor Publish time 28-11-2022 11:57 AM

Friska replied at 28-11-2022 11:45 AM
Nasi ambeng
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas



Ye friska xda yg salah pon. Dia tulis makanan warisan. Bukan makanan asli.. Mmg dekat selangor tu ramai orang jawa.. Tu la friska kalau ambil suami org Malaysia tu belajar bahasa Malaysia betul2. Bia paham

Friska Publish time 28-11-2022 12:05 PM

lanacondor replied at 28-11-2022 11:57 AM
Ye friska xda yg salah pon. Dia tulis makanan warisan. Bukan makanan asli.. Mmg dekat selangor tu...

Nasi kandar makanan warisan Pulau Pinang?

alesandra Publish time 28-11-2022 12:09 PM

ira_229 replied at 28-11-2022 11:47 AM
biar benar...ni kan makanan orang jawo...marah nanti orang jowo...

seingat aku nasi ambeng diisytihar makanan warisan selangor ni dari zaman arwah tan sri khalid ibrahim dah umum

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:11 PM

https://i.ibb.co/nQCY0kB/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:11 PM

https://i.ibb.co/6Y4bvKd/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:11 PM

https://i.ibb.co/PMxjLmv/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:11 PM

https://i.ibb.co/9vZDx1f/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:11 PM

https://i.ibb.co/k6ThfKr/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:14 PM

https://i.ibb.co/RvwBbct/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:14 PM

https://i.ibb.co/9WgD84K/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:14 PM

https://i.ibb.co/m96Lyf3/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:15 PM

https://i.ibb.co/mFp6Rsg/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:15 PM

https://i.ibb.co/PxmLt7H/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:16 PM

https://i.ibb.co/Nn5HtDD/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:16 PM

https://i.ibb.co/0VFwF0X/image.png

doubleharmonic Publish time 28-11-2022 12:17 PM

https://i.ibb.co/NrYDSh7/image.png
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Nasi Ambeng diisytihar Makanan Warisan Selangor


ADVERTISEMENT