mattzzx Publish time 28-11-2022 11:09 AM

Lima pekerja kilang selamat dalam kebakaran

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1128rsbakar_1669603791.jpg
Pasukan bomba menjalankan kerja memadamkan kebakaran sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya, awal pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Puchong: Lima pekerja kilang nyaris rentung selepas sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong, Bandar Puchong Jaya, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Kelima-lima mangsa berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.20 malam.

Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Subang, BBP Seksyen 7 dan Pasukan Bomba Sukarela Gombak dengan kekuatan 41 anggota terbabit dalam operasi itu.

"Kebakaran membabitkan empat unit pejabat di sebuah bangunan kilang yang terbakar 70 peratus. Terdapat lima mangsa yang juga pekerja kilang itu berjaya diselamatkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909053/lima-pekerja-kilang-selamat-dalam-kebakaran
Pages: [1]
View full version: Lima pekerja kilang selamat dalam kebakaran


ADVERTISEMENT