mattzzx Publish time 28-11-2022 11:08 AM

Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang cedera

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm230bas%27_1669600337.jpg
BAHAGIAN depan bas remuk akibat melanggar belakang treler di KM 179, Lebuhraya PLUS. FOTO ihsan JBPM Melaka

Jasin: Seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas ekspres dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 179 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Azman Md Dawam berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 3.57 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera bersama sembilan anggota termasuk dua dari Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan turut dibantu lapan anggota dari BBP Tangkak, Johor.


"Sejurus tiba di lokasi pada 4.10 pagi, didapati kemalangan membabitkan bas ekspres melanggar bahagian belakang lori treler membawa muatan barang kitar semula.

"Terdapat 27 penumpang yang mana 16 orang dilaporkan mengalami kecederaan ringan, manakala 11 selamat.

"Kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki ambulans dan kenderaan EMRS untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.20 pagi tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909036/bas-ekspres-rempuh-treler-16-penumpang-cedera
Pages: [1]
View full version: Bas ekspres rempuh treler, 16 penumpang cedera


ADVERTISEMENT