sfhzuraz Publish time 28-11-2022 11:04 AM

Kanak-kanak 10 tahun jaga ibu kanser tanpa bapa

Kanak-kanak 10 tahun jaga ibu kanser tanpa bapa

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 28, 2022 @ 10:19ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kanserjagaibu_1669601933.jpg
Nur Saffiya Irdina (tengah) memberikan susu kepada ibunya, Roliza yang menghidap kanser payudara tahap empat bersama dua adiknya, Nur Saffiya Elyana serta Noureen Mikayla, 3, di rumah ibu saudara mereka di Tawar, Kuala Ketil. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli



BALING: Meskipun baru berusia 10 tahun, Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus sudah mampu menguruskan ibunya, Roliza Md Zain, 31, yang terlantar akibat kanser payu dara dihidapi sejak setahun lalu.
Setiap pagi sebelum ke sekolah, Nur Saffiya Irdina akan menukarkan lampin pakai buang selain menyuap makanan ibunya yang akan diulangi selepas pulang dari sekolah.
Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar itu reda dengan ujian Allah buat dirinya yang juga anak sulung daripada empat beradik selepas bapanya, Mohd Firdaus Marzuki, 35, meninggal dunia tahun lalu akibat penyakit jantung dan paru-paru berair.
Menurutnya, dia bersama ibu serta dua adik, Noureen Mikayla, 3, dan Nur Saffiya Elyana, 8, kini menumpang di rumah ibu saudara, Rohani Md Zain, 44, di Kampung Charuk Purun, Tawar, Kuala Ketil, di sini.

Adik bongsu, Muhammad Waffiy Qayyum, 2, tinggal bersama seorang lagi ibu saudara mereka sejak ibu mereka sakit.
"Saya bangun awal untuk tukarkan lampin ibu setiap pagi sebelum pergi ke sekolah dan selepas pulang dari sekolah.
"Selepas itu, mak cik (ibu saudara) pula akan ambil alih untuk jaga emak ketika saya ke sekolah, manakala pada waktu malam saya akan menemani emak tidur kerana tidak mahu emak sunyi," katanya ketika ditemui di rumah ibu saudaranya, di sini semalam.
Rohani berkata, sebelum ini, Roliza menjaga ibu mereka Safiah Che Din yang meninggal dunia akibat kanser usus kira-kira 10 tahun lalu.
"Setiap hari saya masakkan apa jua makanan yang dia minta selain membantunya apa yang perlu termasuk ke bilik air," katanya.
Dalam pada itu, Roliza berkata, dia dikesan menghidap kanser payu dara tahap empat pada Ogos tahun lalu, dua bulan sebelum suaminya meninggal dunia.
Katanya, selepas bersalin anak keempat, payu dara kirinya membengkak dan bidan kampung memberitahu yang dia hanya mengalami bengkak susu.
"Tapi lama kelamaan bengkak itu sakit sehingga enam bulan sebelum saya menjalani rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat.
"Sehingga kini saya masih berulang ke sebuah hospital di Ipoh, Perak untuk menjalani kemoterapi setiap dua minggu sekali.
"Tetapi sejak seminggu lalu, saya mendapati terdapat bengkak kecil seperti jerawat, tumbuh banyak di sekitar payu dara kiri," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 019-8673582 (Roliza) atau 019- 5739844 (Rohani).

sumber




Pages: [1]
View full version: Kanak-kanak 10 tahun jaga ibu kanser tanpa bapa


ADVERTISEMENT