sfhzuraz Publish time 28-11-2022 10:13 AM

Bekas ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Frankfurt

Bekas ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Frankfurt

Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm230nawawi_1669597663.jpg
NAWAWI Ahmad



Langkawi: Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia, awal pagi tadi.
Difahamkan, Allahyarham yang juga Ketua Umno Bahagian Langkawi meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi di Frankfurt, Jerman.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan, ketika dihubungi di sini, pagi ini.
"Saya difahamkan Allahyarham ke Frankfurt bagi urusan kerja atas kapasiti beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Pemergian beliau ke sana turut ditemani isterinya, Datin Sabariah Hassan dan saya difahamkan jenazah akan dikebumikan di Frankfurt," katanya.
Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam bidang politik dan pernah berkhidmat selama sepenggal sebagai Ahli Parlimen Langkawi mulai 2013 hingga 2018.
Beliau turut berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah antara 2004 hingga 2013.
Bagaimanapun, pada saingan merebut kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), beliau tewas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Disiarkan pada: November 28, 2022 @ 9:07am

sumber



Pages: [1]
View full version: Bekas ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Frankfurt


ADVERTISEMENT