Raline Publish time 27-11-2022 08:54 PM

Fesyen Aina Abdul kali ini dipuji netizen, turut kata ada mirip Siti Nurhaliza

Fesyen Aina Abdul kali ini dipuji netizen, turut kata ada mirip Siti Nurhaliza


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ainabdulu232_1669549310.jpg
Aina Abdul




Kuala Lumpur: Fesyen digayakan penyanyi dan komposer berkaliber, Aina Abdul, 29, pada Semi Final Muzik-Muzik 37 (SFMM37) kelmarin dipuji ramai sehingga dia dilabel 'bidadari' berbanding fesyennya sebelum ini yang dikatakan mengarut.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani cukup anggun mengenakan gaun yang dipenuhi mutiara, selain teknik solekannya turut menyerlahkan lagi kejelitaan penyanyi itu.

"Macam ini menakjubkan. Sangat elegan dan 'another level'," puji seorang warga maya.

"Paling cantik dan sopan antara persalinan yang lain," tulis seorang lagi netizen.

"Kekalkan gaya macam ini lebih cantik dan tak berlebihan," tulis seorang pengikut media sosial Aina.

"Cantiknya macam ini dah cukup tak perlu nak fesyen-fesyen mengarut," kata ssorang lagi warganet, sekali gus menjadi antara komen diterima Aina menerusi hantaran fotonya di Instagram.

Sekali imbas, penampilan Aina juga dikatakan ada mirip dengan penghibur ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza terutama pada bahagian solekan.

"Serius, kamu nampak sangat menakjubkan Aina. Dari jauh nampak macam TokTi (gelaran mesra Siti Nurhaliza)," kata netizen.

"Wow cantiknya Aina! Tadi sekali imbas ingat CTDK rupanya Aina," demikian antara komen yang menyamakan penyanyi lagu Semalam ini dengan Siti.

Pada SFMM37 itu, Aina berjaya terpilih berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) menerusi lagu ciptaan sendiri, Terus Hidup.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2022/11/908913/fesyen-aina-abdul-kali-ini-dipuji-netizen-turut-kata-ada-mirip-siti-nurhaliza

Goodluckdontcry Publish time 27-11-2022 09:58 PM

Dgn kuasa mekap...mak lampir pun blh jd Audrey Hepburn dik... kehkehkeh kecantikan luaran..ko tgkla waktu die terbungkang tido mati xsedar diri...waktu tu ko taula..cantik ke tak... kehkehkeh

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 10:38 PM

dino mana dino???

dah jadi setpol ahli parlimen mana dah dia??

selalu thread aina badul ni dia ada

:laugh3:

ReginaGeorge Publish time 27-11-2022 11:28 PM

First time tengok dia berpakaian macam orang normal.

Afifi82 Publish time 27-11-2022 11:30 PM

Lawa & elok pun baju.. But muka cam Tok Ti tu, idak laaa.

Aneem Publish time 28-11-2022 11:15 AM

Baru la semenggah macam manusia.

bottompro Publish time 28-11-2022 11:41 AM

Rupa ct caras tersakiti ke ni?
Tp dheknon, gambar photoshoot jah cantik.

Cuba uols tgok video dia interbiu lepas habis. Muka berminyak, berlobos lobos.

Dek aina dh boleh dh minta hael share number doctor Korea yachh. Biar cantik kulit halis licin. Dek aina manis ja. Cuma kena invest sikit

zeetot Publish time 28-11-2022 11:42 AM

bottompro replied at 28-11-2022 11:41 AM
Rupa ct caras tersakiti ke ni?
Tp dheknon, gambar photoshoot jah cantik.



Betul. Focus on skincare tu. Tak perlu operate2 pun

Hoola Publish time 28-11-2022 12:52 PM

Awat Kali ni x berfashionn pelik2?
Curious jg

Kancilkering Publish time 28-11-2022 12:54 PM

dia nak kawen kut tu yg pkai like a normal person…

MatDeghem Publish time 28-11-2022 01:36 PM

Dia punya muka pakai plastercine lah :lol:

SonicSiLandak Publish time 28-11-2022 01:41 PM

Hoola replied at 28-11-2022 12:52 PM
Awat Kali ni x berfashionn pelik2?
Curious jg

nak show off body la

kan dah slim cantik tu

dia pun nak gak berlaki

haih

;P:shakehead3::sweat3:

sunshinelady Publish time 28-11-2022 06:39 PM

lawa je baju2 dia. lain dari yg lain. kalau tak berapa logik di fikiran public pun, still lagi elok banyak kali dari manusia lain yg pakai tak cukup kain konon2 cover something yg orang pun tak selera tengok

September14 Publish time 28-11-2022 06:42 PM

Dia kan sebelum ni susah nak naik… bpakaian pelik tu cara dia nak tempa nama… skg dah ada nama so x perlu sgt nak try hard dah
Pages: [1]
View full version: Fesyen Aina Abdul kali ini dipuji netizen, turut kata ada mirip Siti Nurhaliza


ADVERTISEMENT