YgBenar Publish time 27-11-2022 08:10 PM

Safawi Rasid, Syifa Melvin sah suami isteri

Edited by YgBenar at 29-11-2022 05:08 AM

NTemOa816PY


Pempengaruh Syifa Melvin, 28, dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di sebuah hotel ternama, di sini, jam 8.46 malam ini.


Pada majlis itu, pasangan terbabit dinikahkan jurunikah, Ustaz Khairil Nizam dan disaksikan bapa pengantin perempuan iaitu Amirol Melvin.

Dalam majlis berkenaan, Safawi atau nama sebenarnya Muhammad Safawi Rasid juga menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.



Syifa dan Safawi masing-masing kelihatan cukup berseri-seri dalam persalinan berona krim, manakala dekorasi dewan berkonsepkan dalam taman bunga.

Majlis terbabit dihadiri lebih 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan kenalan rapat. Antara artis yang turut hadir adalah kakak Syifa, Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, Uyaina Arshad, Raja Syahiran dan Lia Natalia.

Terdahulu, pasangan sejoli ini ‘mengunci mulut’ mengenai pernikahan mereka meskipun kad undangan majlis ijab dan qabul sudah tersebar.

Siang tadi, video malam berinai mereka pula dikongsikan seorang pemilik akaun Tik Tok. Menerusi video dengan kapsyen ‘Malam Berinai Syifa Melvin & Safawi Rasid’ berdurasi 13 saat di akaun miamia_mia11 itu, keduanya tersenyum menunjukkan tangan mereka.

Sebuah video penyokong JDT menyanyikan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada Safawi di stadium baru-baru ini turut tular dan terdapat netizen berkongsi kad jemputan majlis bertandang mereka bakal berlangsung pada 3 Disember nanti. HM

Meskipun tetap berdiam diri mengenai berita perkahwinan mereka yang sudah tersebar luas, namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 25, dan pasangannya juga pempengaruh, Syifa Melvin, 28, dikatakan akan bernikah esok.

Ia berikutan, sudah tersebar pula kad undangan majlis ijab dan kabul mereka, Muhammad Safawi dan Nur Syifa Athirah yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pada jam 7 malam sehingga 11 malam itu dengan tema pakaian serba putih dan menutup aurat.

Difahamkan juga, ada pihak sudah mengetahui mengenai majlis bahagia Safawi dan Syifa itu, namun bertindak mengunci mulut. Apatah lagi, dikatakan juga ia bakal dihadiri oleh tetamu jemputan tertentu saja.

Terdahulu, kisah perancangan perkahwinan pasangan merpati dua sojoli ini begitu hangat diperkatakan di media sosial, terutama beberapa tarikh turut disebut- sebut iaitu 29 November dan 3 Disember. Namun, tarikh terbaharu yang tersebar meluas adalah esok.

Sebelum itu, majlis perkahwinan yang dikhabarkan semakin hampir ini juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila Safawi dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan Safawi mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

Kisah yang bertebaran kencang ini diperkuatkan lagi dengan kelibat Safawi sebagai tonggak utama JDT yang tidak muncul dalam barisan pemain skuad Harimau Selatan itu pada final Piala Malaysia, malam kelmarin.

Persoalan mula timbul pada kalangan peminat sukan apabila senarai barisan pemain yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mendapati nama pemain berasal dari Dungun, Terengganu itu tiada langsung tertera, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia (Safawi) kini sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan.

Bukan hanya itu, dikhabarkan juga tersebar kad undangan resepsi pasangan sensasi ini yang bertarikh 3 Disember depan, dengan terteranya nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan
Selemeh Abu Bakar di media sosial. HM


cikpisang Publish time 27-11-2022 08:16 PM

Betul ke tuu invitation dia? Invitation tu dari canva. Sebijik mcm iols buatkan utk adik iols. Duit berkepuk pun takleh hire designer ek

I.K.A888990 Publish time 27-11-2022 08:31 PM

kawen la dik non

prizadane Publish time 27-11-2022 08:35 PM

Betul la tu nak kahwin. Sebab 2023 Pawi bukan main dengan JDT lagi. Performance heols dah drop n bukan kesayangan big boss lagi. Kalau kawin dgn syifa ni pun tak perlu risau boss marah

Kancilkering Publish time 27-11-2022 08:48 PM

Edited by Kancilkering at 27-11-2022 08:49 PM

arif aiman tu outshine dia…
serius le x main dengan jdt? ke turun jdt 2?

ke dia transfer selangor? x yah hangkut bini baru dia dok jb…

SonicSiLandak Publish time 27-11-2022 08:51 PM

oh jadi jugak

hahahhahaa

servis baeeeeek la nieeee

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa

:P

scarflicious Publish time 27-11-2022 09:23 PM

So TMJ dah tak marah lah tu.

shida81 Publish time 27-11-2022 09:31 PM

Main bola ni sampai bile je ek.. Pas da x main buat apa.. Ak adalah dgr sorang pemain bola femes dulu.. Pas x main bola duk umah goyang telur.. Mujur bini ank org ada2 n bekerja...

Adeakukesah11 Publish time 27-11-2022 09:35 PM

shida81 replied at 27-11-2022 09:31 PM
Main bola ni sampai bile je ek.. Pas da x main buat apa.. Ak adalah dgr sorang pemain bola femes dul ...

Khalid J ke ? Hahahaha

beatgirlX Publish time 27-11-2022 09:46 PM

Pawi ni ke Ganu kan?

cikgojesss Publish time 27-11-2022 09:48 PM

tak sedap pun.. bau kohonggg

rayna_raynes Publish time 27-11-2022 09:55 PM

cikpisang replied at 27-11-2022 08:16 PM
Betul ke tuu invitation dia? Invitation tu dari canva. Sebijik mcm iols buatkan utk adik iols. Duit...

benda boleh buat sendiri takyah hire designer pun takpe. kadang2 designer pun cilok idea dari canva

watachiwa Publish time 27-11-2022 10:10 PM

Dah menikoh kekgi, jgn bdrama mcm MA dah la

virgo19 Publish time 27-11-2022 10:15 PM

shida81 replied at 27-11-2022 09:31 PM
Main bola ni sampai bile je ek.. Pas da x main buat apa.. Ak adalah dgr sorang pemain bola femes dul ...

Gaji pemain bola kan loaded, kalau diorg pandai simpan dan invest, boleh je nak bersara awal.

shida81 Publish time 27-11-2022 10:33 PM

Adeakukesah11 replied at 27-11-2022 09:35 PM
Khalid J ke ? Hahahaha

Hahaha hahaha :lol::lol::lol:

ReginaGeorge Publish time 27-11-2022 11:15 PM

Bukan pemain favorite lagi.

che-cikL Publish time 28-11-2022 12:26 AM

Janganlah sampai iols terjumpa apa2 clip video yg menjengkelkan drp adik beradik ni sempena perkahwinan ni. Minta jauh lah .... Menyampah tengok muka sensorang.

bungarose Publish time 28-11-2022 12:29 AM

Pawi muda lagi
Kenaper tak cari gadis yang lebey cantik muda dan peel helok

colorpensel Publish time 28-11-2022 12:32 AM

shida81 replied at 27-11-2022 09:31 PM
Main bola ni sampai bile je ek.. Pas da x main buat apa.. Ak adalah dgr sorang pemain bola femes dul ...

Tengok umur sis..kalau start awal 20an biasanya masuk 30an dah mula tak berapa perform..kemuncak 35tahun paling lama dah tu.biasa ramai dah bersara bila dah pertengahan 30an sebab fitness dah makin out nak banding ngan yg muda2..pastu beralih jadi jurulatih atau fokus bisnes..gaji bola ni masyuk tapi biasa 10 tahun jelah pulun buat duit kaw2..sebab tu bila ada duit jangan dok kalut beli sport car..invest bisnes dulu

endihesh Publish time 28-11-2022 12:40 AM

Adeakukesah11 replied at 27-11-2022 09:35 PM
Khalid J ke ? Hahahaha

dia bukan dah jatuh misekin ke pernah baca dia nak jual kasut emas dia demi kelangsungan hidup.. ke salah.. hahahaha..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Safawi Rasid, Syifa Melvin sah suami isteri


ADVERTISEMENT