mattzzx Publish time 27-11-2022 04:51 PM

PDRM ajak pelbagai kaum isi 3,733 kekosongan jawatan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/zainijass_1669538348.jpg
Zaini Jass (tengah) menyantuni pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini. FOTO AHMAD ISMAIL

Segamat: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak rakyat pelbagai kaum yang layak untuk mengisi 3,733 kekosongan jawatan dalam pasukan itu yang perlu diisi tahun depan.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass berkata daripada jumlah itu, sebanyak 540 kekosongan perjawatan membabitkan pegawai kanan polis (Inspektor), Sarjan (250) dan Konstabel (2,943).

"Secara keseluruhan sehingga kini, PDRM mempunyai 127,000 anggota dan pegawai pelbagai pangkat. Kekosongan disebabkan persaraan dan menamatkan perkhidmatan secara pilihan berpunca faktor kesihatan.


"Jabatan Pengurusan PDRM turut membuat hebahan di balai-balai polis, selain mengarahkan ketua-ketua polis daerah seluruh negara untuk berhubung dengan persatuan masyarakat Cina, India dan kaum-kaum lain untuk menggalakkan belia dalam kalangan kelompok itu menyertai PDRM, "katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Tanpa Istiadat kepada 11 pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM, Datin Hairiah Mohd Tahir; Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah serta Timbalan Ketua Polis Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.

Dalam perkembangan lain, Zaini berkata, masyarakat perlu lebih serius mengiktiraf jasa dan pengorbanan bekas anggota polis sebagai pahlawan negara sehingga membolehkan rakyat dapat hidup aman damai.

"Jangan cepat alpa pengorbanan pasukan keselamatan yang tidak mengenal erti penat lelah, berhujan dan panas terik bagi menjayakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"Mereka juga ada keluarga di rumah yang menanti penuh debaran kepulangan dari setiap tugasan berkeadaan selamat. Mereka juga seperti kita ada perasaan serta maruah harga diri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/908847/pdrm-ajak-pelbagai-kaum-isi-3733-kekosongan-jawatan
Pages: [1]
View full version: PDRM ajak pelbagai kaum isi 3,733 kekosongan jawatan


ADVERTISEMENT